Pegawai Perhubungan Awamnya, Jainisah Mohd Noor, berkata kebiasaan kes pemalsuan yang dilaporkan ke JPN adalah membabitkan dokumen MyKad yang hilang kerana sesetengah pihak boleh memalsukan maklumat daripada kad pengenalan diri yang sedia ada.“Pihak yang tidak bertanggungjawab biasanya hanya boleh memalsukan maklumat di dalam MyKad dan jarang sekali mereka berjaya menukar atau meniru kad pengenalan itu kerana ia disertakan dengan ciri-ciri khas bagi tujuan keselamatan dan keaslian,” katanya melalui SMS kepada Harian metro, di sini, semalam.
Beliau mengulas mengenai laporan akhbar ini semalam yang mendedahkan kegiatan haram dua lelaki Myanmar yang digelar ‘raja klon’ kerana berjaya memalsukan pelbagai jenis pasport dan dokumen perjalanan dari pelbagai negara termasuk juga MyKad.
Dengan menggunakan teknologi canggih yang diubah suai, dua suspek itu hanya mengambil masa kurang dua minit untuk memalsukan dokumen berkenaan dan pemalsuan yang dibuat itu hampir 90 peratus menyamai dokumen asal.
Hasil jualan dokumen terbabit kepada pendatang asing tanpa izin ke negara ini membolehkan kedua-dua suspek itu mengaut pendapatan antara RM20,000 hingga RM30,000 sebulan.
“Dalam kes ini, mengikut maklumat awal yang diterima daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, kami mendapati dokumen MyKad yang terbabit dalam kes pemalsuan itu terdiri daripada kad pengenalan diri yang dilaporkan hilang.
“Ini kerana, di JPN, kami hanya mengeluarkan kad pengenalan diri kepada rakyat tempatan saja sebagai bukti kewarganegaraan dan juga untuk tujuan keselamatan,” katanya.
Sumber : metro



No comments:
Post a Comment