Translator

Tuesday

Jurujual ditipu rakan baik

KUALA LUMPUR: Seorang jurujual kerugian RM1,500 selepas ditipu rakan baiknya, seorang penganggur yang mendakwa terpaksa meringkuk dalam lokap jika gagal membayar ikat jamin dalam kejadian di Jalan sepadu, dekat sini, kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Cheong, 30, berkata pada hujung bulan lalu, dia menerima panggilan daripada rakan baiknya kira-kira jam 2 petang ketika dia berada di rumah. Menurutnya, rakannya dikenali sebagai Lim, 30-an memberitahu dia ditahan di lokap dan meminta bantuan untuk membebaskannya dengan ikat jamin sebanyak RM1,500.

“Akibat bersimpati dengan keadaannya, tanpa usul periksa, saya menuruti permintaannya dan memasukkan wang berkenaan dalam akaun miliknya sebelum jam 2.30 petang dengan harapan dia akan dibebaskan.

“Bagaimanapun, bagi memastikan dia sudah dibebaskan, saya menghubunginya semula beberapa hari kemudian tetapi dia tidak menjawab panggilan,” katanya.

Katanya, curiga dengan tindakan rakannya itu yang hanya mendiamkan diri, dia cuba menghubungi kakak lelaki berkenaan dan terkejut selepas dimaklumkan adiknya itu tidak pernah ditahan di lokap.

Selain itu, katanya, kakak rakannya itu juga memaklumkan bukan dia saja ditipu, malah ramai lagi rakan lain juga terpedaya dengan helah itu.

Akibat tidak puas hati, mangsa membuat laporan di Balai Polis Petaling.

Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor