Translator

Thursday

Geng tipu, curi tumpas

KUALA LUMPUR – Polis menahan empat suspek sekali gus menumpaskan sindiket tipu dan curi di kawasan Brickfields.

Penahanan empat suspek yang tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain itu menyelesaikan kes curi dan 20 kes pecah rumah di sekitar Bangsar dan Travers.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, tiga daripada suspek dipercayai menjadi orang tengah dalam kes tipu dan curi sementara seorang lagi suspek terlibat dalam kes pecah rumah.

Menurutnya, pada 28 November lalu, polis menahan lelaki berusia 36 tahun dipercayai terlibat kes curi kereta seorang pegawai polis berpangkat Inspektor pada Jun lalu, selepas penemuan kereta jenis Toyota Altis milik pegawai tersebut ketika ditahan kira-kira 8.30 malam di Semenyih.

“Suspek tidak bekerja dan mempunyai dua rekod kes. Hasil penahanan suspek, polis berjaya menahan lelaki berusia 29 tahun dipercayai sebagai penjual kereta curi,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Brickfields, semalam.

Wan Abdul Bari berkata, dalam pada itu polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun di Taman Seri Sentosa dan merampas pelbagai jenis barangan dipercayai dicuri.

Menurutnya, polis menemui empat tayar, spanar, kereta Perodua Myvi bersama kunci, komputer, keyboard, album gambar, alat-alat solek wanita termasuk barangan pengantin dan perkahwinan.

Kejadian berasingan di Jalan Tun Sambanthan, polis menyerbu sebuah premis yang menjual barangan kemas, dan menahan lelaki berusia 48 yang dipercayai menjual barang curi, kira-kira jam 3.30 petang, 2 Disember lalu.

Wan Abdul Bari berkata, suspek tidak mempunyai rekod lampau dan polis turut merampas seketul emas lebur daripada suspek.

Sementara itu, satu lagi kes, seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun ditahan bersama tiga lelaki dan seorang wanita warga Myanmar berusia antara 25 dan 29 tahun ke-rana memiliki DVD permainan dipercayai cetak rompak.

Sumber : sinar

Cer citor kenapa di Malaysia sekarang ramai sangat yang nak cari kerja jalan mudah?

Kesian la dengan orang yang mencari harta sendiri......Senang-senang aje mereka ni pergi ambil.....
Dimana lah akal mereka ini?

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor