Translator

Thursday

15 siswa ingkar bersurai ditahan

KUALA LUMPUR: Seramai 15 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan selepas membuat demonstrasi Flash Mob Kebebasan Akademik bagi membantah Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di KL Sentral, di sini, semalam.

Mereka ditahan selepas mengingkari arahan polis yang meminta mereka bersurai kerana mengganggu ketenteraman awam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, 30 pelajar terbabit dalam perhimpunan haram itu sebelum menahan 15 daripadanya pada jam 5 petang.

Katanya, pihaknya memberi masa dua minit kepada mereka yang membawa pelbagai sepanduk bantahan untuk menuntut kebebasan bagi menzahirkan luahan sebelum meminta bersurai, namun tidak dihiraukan.

“Kami menahan 15 pelajar supaya demonstrasi itu berhenti kerana ia mengganggu orang ramai yang menggunakan pelbagai perkhidmatan awam di KL Sentral.

“Mereka diambil keterangan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana berhimpun tanpa permit,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, mereka terdiri daripada pelajar dari pelbagai IPT termasuk Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

Apabila ditanya berkenaan perhimpunan sama yang bakal diadakan di Dataran Merdeka pada 27 Disember ini, beliau berkata, pihaknya belum menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk mendapatkan permit.

Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor