Translator

Tuesday

12 remaja dicekup curi motosikal

KUANTAN - Modus operandi di sekitar pusat membeli-belah dan pasar malam, kelicikan 12 remaja mencuri motosikal yang dikenali ‘Geng Lepar’ tumpas selepas ditangkap polis sempena Ops Lenjan 3 yang bermula sejak 1 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifili Taha berkata, remaja berusia 15 hingga 19 tahun itu ditangkap sempena operasi tersebut di Felda Lepar Hilir Dua, di sini pada 3 Disember lalu.

Menurutnya, 11 daripadanya adalah pelajar dan seorang lagi yang juga ketua geng tersebut berusia 19 tahun itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di Felda terbabit.

“Kita juga berjaya menemui 15 rangka motosikal pelbagai jenis yang dibuang dalam lima sungai sekitar Lepar dengan hasil kerjasama pasukan Gerakan Marin dan beberapa anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk mencari rangka terbabit selain dua buah motosikal Honda EX5.

“Operasi diketuai Inspektor Mohd Nayan Mokhtar bermula 10 pagi dan berakhir jam 5 petang pada Sabtu lalu,” katanya di sini, semalam.

Katanya, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 339 (a) Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri kenderaan dan kesemua suspek akan ditahan reman selama seminggu bermula dari hari ditahan untuk membantu siasatan.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor