Mekanik tekad larikan anak
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai S Baskaran, 46, melanggar perintah mahkamah dan melarikan ketiga-tiga anaknya, selepas waktu persekolahan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Emerald, Seksyen 25, di sini, Rabu lalu, ketika ketiadaan ibu kandung mereka, S Devaki, 45, yang bertugas di Arab Saudi.
Zahedi berkata, buat sementara waktu ketiga-tiga mangsa, B Natindran, 14; B Krishna Raj, 10 dan B Jivarayan Raj, 8, tinggal bersama seorang ibu saudara dan difahamkan mereka akan dibawa untuk menetap di negara itu hujung bulan ini.
“Oleh itu Baskaran diminta menyerahkan semula anak-anaknya itu kepada bekas isteri kerana mahkamah sudah memutuskan hak penjagaan.
“Jika dia takut untuk tampil menyerahkan anaknya, tinggalkan mereka di kawasan selamat dan maklumkan kepada polis. Harus diingat, tindakannya itu menyalahi undang-undang,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.
Beliau berkata, polis sudah menyalurkan maklumat dan mengedar gambar mangsa di setiap pintu masuk negara bagi menghalang lelaki itu melarikan anaknya ke luar negara.
“Mangsa dilarikan tanpa sebarang dokumen tetapi kita khuatir bapanya itu boleh membawa anaknya lari menggunakan jalan yang tidak diwartakan,” katanya.
sumber : Sinar
Kerana anak sanggup lakukan apa saja........
Itu lah pewaris kita dimasa hadapan....
Cer citor dimana akal kita sebelum berpisah dulu?
Dah jadi macam ni macam mana nak satelkan?




No comments:
Post a Comment