Translator

Wednesday

Suspek Bunuh Ditangkap

Suspek bunuh warga emas dicekup

MELAKA: Seorang penjenayah yang terbabit dua kes samun dan bunuh warga emas di Bukit Rambai dan Kampung Parit Melana, Alor Gajah, dengan seorang daripada mereka mati ditikam tujuh kali ditangkap polis selepas diburu sejak tiga bulan lalu.

Suspek yang licik apabila sering bertukar motosikal curi dan melarikan diri ke negeri lain selepas melakukan jenayah dengan menyasarkan warga emas sebagai mangsa diberkas dalam Operasi Task Force dijalankan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri membabitkan lapan anggota dan 16 pegawai.

Suspek dari Felda 1 Gemas, Negeri Sembilan, yang juga bekas banduan dan mempunyai rekod jenayah itu turut terbabit dalam 36 kes jenayah samun di Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Selangor dalam tempoh kurang dua tahun.

Terbaru pada 9 November lalu, suspek terbabit kes bunuh dan samun membabitkan dua mangsa dengan seorang daripada mereka maut, manakala seorang lagi parah dalam dua kejadian berasingan selang setengah jam di Alor Gajah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri (Operasi/Risikan), Superintendan R Gunarajan, berkata suspek terbabit satu lagi kes samun membabitkan warga emas yang meninggal dunia selepas parah di kepala dipercayai diketuk dengan objek keras di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai, dekat sini, 15 Ogos lalu.

“Hasil maklumat awam jam 5.30 petang semalam (kelmarin), sepasukan polis diketuai Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9), Asisten Superintendan Jay January menangkap suspek di persimpangan Naip Long, Tangkak, Johor, selepas memintas motosikal Honda Wave ditunggang suspek.

“Suspek yang terjatuh cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan dengan anggota terbabit sebelum diberkas dan kini direman tujuh hari untuk siasatan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

sumber : Metro

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jugak......
Kenapalah boleh jadi penyamun dan pembunuh ni?
Dimana akalnya? Tak ada kerja lain ke nak buat ?
Cer citor apa nak buat dengan orang macam ni?

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor