Translator

Tuesday

Suspek Bakar Samun Ditahan

2 suspek kes samun, bakar rumah ditahan

 susulan kes Rompak dan Bakar

KAJANG: Dua suspek kes samun dan bakar sebuah rumah di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih ditahan polis kelmarin hasil maklumat orang awam.

Kedua-dua lelaki warga tempatan terbabit yang berusia 27 dan 35 ditahan kira-kira jam 11 pagi di kediaman mereka di kawasan sama bersama barangan curi termasuk sistem kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai milik mangsa, Md Nasir Ahmad, 60.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, penahanan mereka bersama rampasan barangan curi itu menyelesaikan kes berkenaan.
Menurutnya, siasatan awal, suspek berusia 27 tahun mempunyai tiga kesalahan lampau dalam kes pecah rumah dan dadah serta hasil pemeriksaan ujian air kencing, kedua-dua suspek positif dadah.

“Suspek juga adalah orang yang dikehendaki polis atas kesalahan pecah rumah dan mereka ditahan reman bermula hari ini (semalam) hingga Khamis bagi membantu siasatan.

“Mangsa juga sudah dipanggil untuk mengecam barangan samun terutamanya CCTV bagi mengenal pasti sama ada ia miliknya,” katanya ketika melawat kediaman Md Nasir yang dipecah masuk dan dibakar suspek, semalam.


Ab Rashid berkata, hasil siasatan, mangsa juga membuat empat kali laporan berkaitan kejadian rumahnya dipecah masuk sejak 2002 dan bukan lapan sekali dilaporkan akhbar.

“Kes sama yang berlaku selebihnya tiada rekod laporan dibuat. Kita memandang serius kes ini dan kerjasama polis dan masyarakat amat diperlukan dalam menangani kejadian seperti ini.

“Penduduk taman dicadang mewujudkan skim kejiranan dengan 10 ahli untuk setiap kelompok yang akan saling bantu membantu jika jiran mereka mengalami masalah seperti kes pecah rumah,” katanya.

Beliau berkata, setiap daripada mereka perlu mempunyai nombor telefon jirannya bagi memudahkan mereka bertindak menghubungi jiran jika ada masalah berlaku.

sumber : Metro

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga.....
jangan ingat penjenayah boleh terlepas saja
Cer Citor apakah hukuman yang paling sesuai untuk orang macam ini?
Kejam betul tindakan mereka-mereka ini .....

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor