Suami ganas
AMPANG: Gara-gara menegur sikap suaminya yang pulang lewat dalam keadaan mabuk, seorang wanita dibelasah di kediaman mereka di Kondominium Angsana Hilir, di sini semalam.Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, wanita terbabit yang berusia 37 tahun menunggu kepulangan suaminya yang melepak bersama rakannya di sebuah restoran.
Menurut sumber, selepas beberapa jam menunggu, akhirnya lelaki itu pulang ke rumah dan mangsa yang melihat suaminya dalam keadaan mabuk hanya mampu mengeluh dan terus menasihati supaya membuang tabiat buruk itu.
“Berang dengan teguran itu yang cuba menghalang tabiatnya menyebabkan dia terus menghamburkan kata-kata kesat.
“Mangsa hanya mampu menenangkan suaminya dan menasihatkan supaya berubah demi masa depan keluarga, namun tidak dipedulikan malah terus dimarahi,” katanya.
Sumber berkata, geram mendengar nasihat mangsa, lelaki terbabit terus menarik rambut isterinya sebelum menghentak kepalanya ke dinding beberapa kali.
“Tidak cukup dengan itu, suami mangsa turut menolak muka isterinya itu ke atas meja makan menyebabkannya mengerang kesakitan.
“Selepas beberapa minit membelasah isterinya, suami mangsa yang kepenatan terus masuk ke dalam bilik dan membiarkan mangsa kesakitan,” katanya.
Sumber berkata, akibat kejadian itu, mangsa cedera di badan selain pecah bibir akibat menjadi mangsa amukan suaminya.
“Tidak tahan diperlakukan seperti haiwan, dia melarikan diri dan mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.
“Mangsa kemudian ke Balai Polis Ampang untuk membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya.
sumber : metro
Dimana lah akal si suami sebagai manusia?
Cer citor kenapa lah bertindak sebegini kejam kepada isteri sendiri......
Pekara biasa la perempuan memang kuat membebel.....Kena la terima....
Macam-macam kerenah rumah tangga sekarang yer.....



No comments:
Post a Comment