Translator

Thursday

Remaja Dalam Almari

Remaja dicekup dalam almari

MIRI - Usianya baharu 14 tahun namun sudah berani mencuri peluang membawa teman lelaki ke rumah sewaktu ahli keluarga yang lain keluar bekerja.

Namun perbuatan remaja itu terbongkar apabila teman lelakinya yang juga berusia 15 tahun ditangkap oleh kakak dan ibunya sewaktu bersembunyi di dalam almari pakaian, semalam.

Sumber polis memberitahu, dalam kejadian di Taman Tunku, di sini, remaja lelaki berkenaan terkejut apabila ahli keluarga kekasihnya tiba-tiba pulang awal lalu bertindak bersembunyi di dalam almari.

Katanya, sebelum itu remaja perempuan berkenaan enggan membuka pintu sehingga memaksa ahli keluarganya masuk menggunakan pintu belakang.

"Sewaktu kakak remaja perempuan itu membuka almari pakaian untuk menukar baju, dia terkejut melihat seorang remaja lelaki bersembunyi di dalamnya.

"Apabila disoal, dia mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan kekasihnya," katanya.
Kata sumber itu, ibu remaja perempuan tersebut kemudian menghubungi polis untuk tindakan susulan.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Ismail Idris ketika dihubungi hari ini memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

sumber: Utusan

Cer citor macam mana budak lelaki tu boleh lepas masuk ke rumah?
Di mana akal Remaja yang melakukan perbuatan ini?
Dimanakah harga diri?
Cer citor nak salahkan siapa pekara ini berlaku?

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor