Pekida Nafi Terbabit
Susulan Kes Kongsi gelap: 39 calon SPM antara 180 ditahan
KUALA LUMPUR: “Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang kami terbabit dalam upacara ‘ritual’ khas itu walaupun ada di antara ditahan itu menampal logo Pekida pada kereta mereka. “Jangan ada pihak cuba mengaitkan kami tanpa bukti kukuh kerana Pekida tidak pernah menjalankan upacara karut seperti tarian ghairah untuk menyambut ahli baru dan kami juga adalah pertubuhan berdaftar,” kata Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan, Datuk Roslan Dahaman.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas dakwaan, pertubuhan itu turut terbabit dalam upacara angkat sumpah 307 ahli pertubuhan kongsi gelap di Manjung, Perak yang disiarkan di muka depan akhbar ini, semalam.
Selain upacara angkat sumpah itu, semua mereka yang ditahan dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) negeri itu turut dihiburkan dengan tarian ghairah oleh sekumpulan gadis cantik sebelum ditauliahkan menjadi ahli pertubuhan kongsi gelap.

Sumber : Metro
Dari dulu lagi kalau kongsi gelap yang merekerut ahli mesti Pekida......
Mentang-mentang la namanya besar dah tak ada genga lain lagi nak dituduh......
Cuba siasat dulu baru tuduh....
Bukan nak menangkan mana-mana pihak tapi jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga....
Cer Citor kongsi-kongsi di Malaysia ni ada PEKIDA aje ke?

No comments:
Post a Comment