Translator

Tuesday

Belasah Apabila Ditegur

Cedera dibelasah tegur wanita buang sampah

AMPANG: Angkara menegur seorang wanita supaya tidak membuang sampah merata-rata menyebabkan seorang lelaki cedera dipukul dengan besi oleh dua lelaki termasuk teman lelaki wanita terbabit dalam kejadian di Pandan Perdana, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa yang berusia 25 tahun menegur perbuatan seorang wanita membuang sampah di kawasan awam.

Teguran mangsa membuatkan teman lelaki wanita terbabit yang berada di tempat kejadian tidak berpuas hati lalu memanggil rakannya untuk membelasah mangsa.

Menurut mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad, 25, teman lelaki wanita itu datang ke rumahnya bersama seorang rakan dengan membawa dua besi panjang.

Katanya, mereka mengetuk dan menendang pintu pagar rumahnya serta mencabar untuk berlawan.

“Saya cuba memberi nasihat, namun berlaku pertengkaran sebelum mereka memukul saya dengan menggunakan besi,” katanya di sini, semalam.

Katanya, lebih malang, dua lelaki itu mencekik lehernya hingga tidak boleh bernafas, namun bersyukur kerana dapat melepaskan diri.

Menurutnya, selepas kejadian itu, dua lelaki terbabit masih tidak berpuas hati dan mengajaknya bergaduh, namun dia menolak kerana tidak mahu perkara itu diperbesarkan.
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Balai Polis Ampang.

Sumber : Metro

Cer citor di mana akal manusia yang hebat ini?
Benda kecil sampai nak pukul-pukul....
Kalau tak boleh ditegur pergi la duduk dalam hutan......
Nak tunjuk kuat pun tak kena pada tempat.....
Pasal perempuan pun nak tunjuk hebat ke?
Cuba yang tegur Polis....Berani ke mamat ini nak belasah....

 

2 comments:

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor