Translator

Friday

Anak Manja Halau Ibu

Halau ibu

KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak memberi wang RM10, sepasang suami isteri warga emas dihalau anak lelakinya yang berusia 32 tahun dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Sungai Merali, di sini, kelmarin.

Menurut sumber polis, dalam kejadian jam 3 petang itu, anak mangsa yang baru pulang melepak bersama rakannya meminta wang RM10 daripada ibu bapanya untuk berjudi sebelum dinasihatkan tidak melakukan perkara itu.

Katanya, nasihat itu menyebabkan anak lelaki mangsa marah dan mengamuk sebelum memecahkan barangan berharga.
“Sebelum itu, mangsa sudah memberi RM5 ketika anaknya mahu keluar melepak. Sejam kemudian, anak lelakinya pulang semula dan kali ini, meminta tambahan wang RM10 untuk berjudi.

“Permintaan itu tidak dihiraukan menyebabkan anaknya mengamuk,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, anak lelaki mangsa juga mengugut mahu mencederakan ibu bapanya, namun tidak sempat apabila mangsa mengelak dan mengugut mahu keluar rumah sekiranya perangai anaknya tidak berubah.

Katanya, ugutan itu menambahkan kemarahan anaknya yang menghalau kedua-dua orang tuanya itu.

“Tidak tahan dengan perangai anaknya yang suka meminta wang, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak sejurus kejadian,” katanya.

Sumber : Metro

Dimana akal dia Sebagai anak?
Sepatutnya dia menjaga ibu bapanya sebagai balasan membesarkannya.....
Namun kenapa pekara macam ini perlu berlaku Dimana akalnya sebagai manusia ?
Kerana RM 10 saje dia dah derhaka dengan ibunya sendiri....
Nasib baik ibunya tak sumpah dia....
Cer citor apa nak buat dengan orang macam ini ?

2 comments:

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor