Translator

Sunday

Adik Bunuh Abang

Selisih faham: Lelaki mati ditikam adiknya

SUSPEK (dua dari kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam sebelum ditahan reman selama lima hari.

KUALA LUMPUR – Akibat perselisihan faham, nyawa seorang abang melayang di tangan adik lelakinya sendiri disaksikan oleh ibu bapa mereka di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dekat sini petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang melibatkan adik-beradik berumur 21 dan 28 tahun itu yang bertengkar di ruang tamu sehingga suspek nekad mengambil pisau pemotong sayur di dapur dan menikam abangnya.

Akibat tikaman di anggota badannya, suspek cedera parah dan segera dibawa ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelum disahkan mati dua jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, motif kejadian sedang disiasat. – Bernama

sumber : Kosmo

Dimana akal si adik yang bertidak sampai begini....
Apabila kemarahan menguasai diri makan darah daging sendiri dianggap musuh....
Apakah yang terjadi sebenarnya?
Cer citor bagaimana pekara kejam ini boleh terjadi.....

Update:  Cabut Nyawa Abang

Korban kemarahan adik

2 comments:

  1. dunia dunia.nyawa ditarik macam uh shaja.da la adik beradik.tak fham betol la aku ngan dunia skrang.kejam sngat!

    ReplyDelete

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor