Kezaliman dan kemiskinan masih tidak dapat di hapuskan di atas muka bumi kita. Dunia yang kita diami penuh dengan unsur keganasan dan kebrutalan yang berterusan sejak zaman dulu lagi. Kali ini kami akan memaparkan 10 gambar yang paling kejam dalam sejarah tamadun manusia. Kebanyakan gambar – gambar ini mendapat kritikan daripada masyarakat di seluruh dunia.
1. Pengeboman Bom Atom di Hiroshima dan Nagasaki.
Gambar di atas adalah ketika pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika Syarikat. Kesan letupan menyebabkan seramai 166000 orang di Hiroshima dan 80000 di Nagasaki terkorban.
2. Hukuman Mati oleh tentera Viet Cong
Gambar di atas, bertajuk "Nguyen Ngoc Loan menjalankan hukuman mati terhadap seorang tahanan Viet Cong di Saigon", dianggap sebagai salah satu gambar yang paling terkenal dalam sejarah kewartawanan.
Pada tarikh 11 September 2001, keganasan melanda Amerika apabila dua pesawat penumpang dipercayai di hijack oleh Al-Qaeda melanggar menara berkembar World Trade Center, menyebabkan hampir 3000 orang tidak berdosa terkorban. Beberapa gambar menunjukkan ada mangsa yang terjun daripada bagunan tersebut untuk menyelamatkan diri daripada api yang sedang marak
4. Penjara Abu Ghraib
5. Kanak – Kanak dan Kebuluran
Gambar, diambil oleh fotografer terkenal Afrika Selatan Kevin Carter, menunjukkan seorang kanak – kanak Sudan kelaparan berhenti untuk berehat sambil tubuhnya yang rapuh merangkak menuju pusat PBB dan burung pemakan bangkai menunggu untuk memakan mayatnya. Carter dianugerahkan Hadiah Pulitzer untuk foto tersebut.
6. Palestin – Bapa menjadi Perisai untuk Anak
Gambar-gambar di atas adalah adegan mengejutkan ditangkap oleh 2 jurukamera Perancis di Gaza. Rakaman itu menunjukkan ayah berbangsa Palestin Jamal al-Durrah, cuba untuk melindungi anaknya yang berusia 12 tahun, Muhammad al-Durrah, dari tembakan sementara Yahudi dan bersembunyi di sebalik dinding konkrit. Dia merayu dan memanggil pasukan tentera Israel untuk menghentikan tembakan. Anak Jamal ditembak mati dan dia sendiri, cedera parah.
Hector Pieterson menjadi ikon pemberontakan Soweto 1976 di Afrika Selatan ketika dia ditembak mati oleh Polis dalam tunjuk perasaan di kalangan mahasiswa. Gambar di atas menunjukkan mayat beliau diangkat oleh salah seorang mahasiswa.
8. Kubur kanak – kanak yang tidak dikenal pasti
Gambar di atas menunjukkan salah satu daripada 3787 kematian yang disebabkan oleh bencana Bhopal 1984 di mana gas beracun (MIC) telah dikeluarkan dari racun perosak Union Carbide India Limited menyebabkan 40.000 kes penyakit atau kecacatan disebabkan oleh pendedahan gas beracun.
9. Hukuman Mati Tanpa Pengadilan
Foto mengerikan ini menunjukkan hukuman mati tanpa pengadilan dua orang kulit hitam yang dituduh pemerkosa seorang wanita berkulit putih dan membunuh teman lelakinya. Lebih menyayat hati.mereka diseksa di hadapan orang ramai.
10. Yahudi Terakhir Vinnitsa
Suumber : Tudiaa!



No comments:
Post a Comment