Translator

Wednesday

Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus


Keputusan Penuh

Penjaga Gol Terbaik
Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
Pertahanan Terbaik
Norhafiz Zamani Misbah (NEGERI SEMBILAN)
Pemain Tengah Terbaik
Safiq Rahim (SELANGOR)

Penyerang Terbaik
Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
Jurulatih Terbaik
Irfan Bakti Abu Salim (TERENGGANU)

Pemain Muda/Harapan Terbaik
 Wan Zack Haikal (HARIMAU MUDA A)
Kelab Terbaik
PKNS Selangor
  
FA Terbaik  
Selangor FA

Pemain Paling Bernilai Supermokh
Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)


SENARAI CALON-CALON ANUGERAH BOLA SEPAK KEBANGSAAN 2011

Penjaga gol terbaik
- Mohd Sharbinee Allawee Ramli (TERENGGANU)
· Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
· Mohd Farizal Marlias (NEGERI SEMBILAN)

Pertahanan terbaik
· Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (NEGERI SEMBILAN)
· Mohd Mazuki Yusof (TERENGGANU)
· Norhafiz Zamani Misbah (NEGERI SEMBILAN)

Pemain tengah terbaik
· Mohd Badhri Mohd Radzi (KELANTAN)
· Safiq Rahim (SELANGOR)
· Joseph Kallang Tie (TERENGGANU)

Penyerang terbaik
· Hairuddin Omar (NEGERI SEMBILAN)
· Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
· Abdul Hadi Yahya (TERENEGGANU)

Jurulatih terbaik
· Irfan Bakti Abu Salim (TERENGGANU)
· Norizan Bakar (PERAK)
· Dato’ M. Karathu (KELANTAN)

Pemain muda terbaik
· Mohamad Fadhli Mohd Shas (HARIMAU MUDA A)
· Mohd Irfan Fazail (HARIMAU MUDA A)
· Wan Zack Haikal Wan Noor (HARIMAU MUDA A)

Pemain Paling Bernilai Supermokh
· Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
· Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
· Safiq Rahim (SELANGOR)

Port Buang Mayat

Tergesa-gesa campak mayat

MAYAT seorang lelaki tanpa identiti ditemui selepas dibunuh dan dicampak di Lebuh Raya Kupang-Grik dekat Kampung Kemangi, Baling semalam

BALING – Laluan Lebuh Raya Kupang-Grik dekat Kampung Kemangi di sini yang agak sunyi dikatakan menjadi tempat kegemaran penjenayah untuk membuang mayat. Dalam satu kes terbaharu, polis semalam menemui mayat seorang lagi mangsa pembunuhan di situ.


Penemuan mayat lelaki pada pukul 12.30 tengah hari itu menjadikannya tiga kes setakat ini. Kali pertama, polis menemui mayat seorang lelaki tempatan dua tahun lalu sebelum mayat lelaki Pakistan dijumpai Oktober lepas kira-kira dua kilometer dari lokasi mayat ketiga ditemui.

Difahamkan, mayat lelaki tanpa identiti itu hendak dicampak dari sebuah kereta ke dalam gaung tetapi tersangkut di tepi pembahagi jalan kerana suspek dikatakan agak tergesa-gesa ketika hendak membuang mayat itu.

Perbuatan itu dilihat oleh pemandu lain yang kemudian menghubungi polis.

“Kita sedang menyiasat motif kejadian dan identiti mangsa serta mencari suspek-suspek yang terlibat,” kata Ketua Polis Daerah, Supritendan Mat Daud Mat Hasan yang enggan mengulas lanjut.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Baling untuk bedah siasat.

Sumber : Kosmo

Cer citor kenapa kejam sangat orang sekarang ini?
Adakah dengan membunuh dapat menyelesaikan masalah.....
Dimana akal mereka yang melakukan pekerana ini?
Kenapa mereka dibunuh dan dibuang begini?

Geng berkayu besbol di laluan sikal

PETALING JAYA: Seorang pemandu berusia 28 tahun bukan saja diacukan parang di leher, malah kerugian wang tunai RM2,200 dalam tempoh tiga minit selepas disamun di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sekitar Subang.

Bagaimanapun, ketika tiba di satu kawasan berhampiran sebuah kilang, dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an yang masing-masing memegang kayu besbol menahannya.

Menurut sumber, mangsa kemudian memberhentikan motosikalnya dan empat lelaki lain muncul dipercayai rakan suspek masing-masing memegang parang serta kayu besbol menghampirinya.

“Seorang daripada mereka mengacukan parang pada leher mangsa sebelum menarik beg sandang miliknya.

“Mangsa tidak melawan pada ketika itu memandangkan dia dikepung suspek dan bimbang akan keselamatan dirinya,” katanya.

Suspek berkenaan kemudian menggeledah beg terbabit sebelum mengambil wang tunai daripada dompet mangsa.

Sumber berkata, selepas mendapati tiada barangan berharga dalam beg itu, suspek kemudian mencampaknya ke atas rumput berserta kunci motosikal mangsa sebelum beredar meninggalkan mangsa.
Selepas semua suspek beredar, mangsa yang masih kebingungan terus ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan mengenai kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber : Metro

Berhati-hati lah sekarang......
Jenayah ada dimana mana saja....

Gadis arah noda

PETALING JAYA: Remaja perempuan samseng. Itu ungkapan sesuai buat seorang remaja apabila sanggup memukul rakan sendiri dengan topi keledar sebelum mengarahkan dua rakan lelakinya merogol gadis terbabit sambil diperhatikannya dalam kejadian di sebuah hutan di tepi lebuh raya berhampiran Kundang, di sini, Ahad lalu.

Perbuatan itu dilakukan selepas cemburu melihat teman lelakinya cuba menggoda mangsa hingga hubungan cinta mereka terputus.

Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu menyebabkan mangsa cedera di kepala selepas dipukul dengan topi keledar.
Menceritakan kejadian itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Nora, 16, berkata, dia tidak menyangka rakannya yang berusia 14 tahun sanggup mengarahkan dua rakan lelaki merogolnya disebabkan cemburu buta.

Katanya, sebelum kejadian, kira-kira jam 2.30 petang, gadis terbabit mengajaknya keluar makan bersama enam lelaki berusia 20-an di sebuah kedai makan di Kundang.

“Saya mengikut mereka kerana mengenali rakan saya itu yang sungguh baik dan tidak pernah menyakitkan hatinya. Saya menaiki motosikal bersama seorang daripada kumpulan lelaki itu menuju ke sebuah kedai makan berdekatan rumah.

“Selepas dua jam, saya mengajak mereka pulang kerana bimbang dimarahi ibu tetapi disekat rakan saya itu dengan memberi alasan mahu mengambil seorang lagi rakan di Kundang,” katanya semalam.

Nora berkata, dia berasa pelik apabila dia dibawa ke sebuah hutan.
“Rakan saya itu memberi alasan membawa saya ke hutan akibat sakit hati dan mahu membalas dendam serta mendakwa saya merampas teman lelakinya.

“Sebaik turun dari motosikal, dia memukul kepala saya hingga menyebabkan kecederaan selain merasa pening sebelum memaksa saya membuka baju sekiranya tidak mahu dicederakan dengan lebih teruk,” katanya.

Katanya, memikirkan keselamatan diri, dia terpaksa mengikut arahan dan dirogol dua lelaki yang disaksikan rakan perempuannya itu.

Menurutnya, selepas dirogol, dia kemudian dihantar pulang sebelum membuat laporan di Balai Polis Cheras, kelmarin bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan mangsa.

Sumber ; Metro

Cer citor dimana akal si gadis ini?
Baru 14 tahun dah tunjuk hero?
Nak jadi apa dunia sekarang ini?
Kerana Seorang LELAKI boleh aniaya rakan sejenis sendiri....
Tidak terfikirkah bagaimana jika dia di pihak mangsa?
Cer citor kenapa pekara ini boleh berlaku?

Bapa kerah dua anak jadi penjenayah

KUCHING: Seorang bapa sanggup mengarahkan dua anak lelakinya berusia 17 dan 22 tahun melakukan kegiatan pecah rumah sebelum tiga beranak itu dicekup polis, petang kelmarin.

Kegiatan bapa durjana berusia 48 tahun yang turut bersubahat dengan teman wanitanya berusia 29 tahun itu dihidu selepas polis menahan dua anak lelaki suspek serta seorang rakannya di sebuah rumah di Tabuan Hulu dekat sini, Sabtu lalu.

Difahamkan, kegiatan jenayah itu dirancang rapi dengan menyasarkan beberapa rumah di sekitar bandar raya ini.

Dua anak suspek memecah masuk dan melarikan beberapa barangan berharga sebelum menjadikan sebuah bilik disewa teman wanita seorang daripada lelaki terbabit di Batu Tiga di sini, sebagai stor penyimpanan barangan curi.

Namun, selepas beberapa bulan bermaharajalela, bapa durjana terbabit dicekup sehari selepas kedua-dua anak lelakinya ditahan berdekatan restoran makanan segera di Jalan Rock, Batu 2 1/2, kira-kira jam 4.45 petang Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, kedua-dua anak lelaki itu ditahan bersama seorang lagi rakan mereka berusia 22 tahun.

Beliau berkata, penahanan lelaki itu turut membawa kepada penemuan beberapa barangan elektronik serta barangan lain dipercayai dicuri.

“Selepas disoal siasat sebaik ditahan jam 6 petang hari sama, suspek membawa polis ke tempat barangan disimpan iaitu di sebuah bilik sewa milik teman wanitanya.
“Setiba di sana, suspek menunjukkan seorang wanita dipercayai kekasih bapanya dan menetap bersama di bilik berkenaan. Selepas ditanya, wanita terbabit menyerahkan kunci bilik dan menunjukkan tempat barang disembunyikan iaitu dalam almari.

“Semua suspek dipercayai terbabit dalam enam kes pecah rumah yang dilaporkan di sekitar bandar raya ini, antaranya di Taman Shun Tak, Polarwood Estate, Taman Nam Hoi, Tabuan Heights, Taman Victiry dan Jalan Tun Jugah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini, semalam.

Mun berkata, dalam serbuan itu, polis merampas beberapa barangan elektronik termasuk alat pemain cakera padat vodeo digital (DVD), komputer mini, televisyen plasma dan pembesar suara.

“Turut ditemui lima anting-anting, jam tangan berjenama termasuk Rolex dan komputer riba, namun nilai rampasan keseluruhan masih dalam siasatan.

“Dua anak lelaki serta seorang rakan mereka direman tujuh hari manakala bapa terbabit bersama teman wanitanya direman tiga hari bermula semalam (kelmarin) untuk membantu siasatan.

“Susulan penahanan semua suspek, polis yakin dapat menyelesaikan beberapa kes pecah rumah di sekitar bandar raya ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mun berkata, orang ramai yang kehilangan barangan berharga diminta menghubungi IPD Kuching atau tampil ke Balai Simpang Tiga atau menghubungi Asisten Superintendan Abdul Rahim Abdullah Rahman di talian 013-8000777.

Sumber : Metro

Bapa Durjana + Kejam.......
Ada juga bapa seperti ini di Muka dunia ini yer?
Dimana akal si bapa ini?
Anak diajar pekara HARAM ini....
Cer citor apakah hukuman yang sepatutnya dikenakan kepada bapa ini?

Pinjam RM500 jadi RM9,000

JOHOR BAHRU: “Saya hanya meminjam RM500, tetapi kini jumlahnya mencecah RM9,000 dan tertekan dengan keadaan itu, saya pernah terfikir untuk membunuh diri dengan meminum racun,” itu luahan pengawal keselamatan yang hanya mahu dikenali sebagai Jamal, 42, di sini, semalam.

Jamal yang bekerja di Desa Cemerlang dan sudah berkeluarga serta mempunyai tiga anak pada mulanya meminjam RM500 daripada along untuk membaik pulih motosikalnya pada Julai lalu.


Bagaimanapun, dua minggu kemudian, dia gagal melunaskan bayaran berkenaan dan terpaksa meminjam daripada tiga lagi along menyebabkan hutang terbabit meningkat hingga kini.

“Saya tidak menyangka tindakan membuat pinjaman daripada empat along berlainan bukan saja gagal melunaskan hutang malah meningkatkan lagi jumlah hutang terbabit.

“Selepas usaha meminjam dengan keluarga dan rakan tidak berjaya, saya tiada pilihan selain terpaksa mencari along kerana begitu terdesak untuk membaik pulih motosikal yang menjadi kenderaan utama ke tempat kerja serta menghantar anak ke sekolah.

Sumber : Metro

Moral dari kisah ini.......
JANGAN PINJAM ALONG.........
or Syarikat yang memminjamkan wang kerana mereka sama dengan ALONG
Tak ada duit duduk diam diam......
Nak duit kerja Rajin-rajin.....
Sendiri mahu ingat.....

17 tahun makan bedak, sabun

PELIK...Mohd Razali makan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu.
KUALA KANGSAR: “Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu,” kata Mohd Razali Ishak, 63, yang mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.

Bapa kepada sembilan anak yang juga bekas penoreh getah itu berkata, pada mulanya dia hanya makan bedak, namun menambah ‘menu’ eksotiknya dengan memakan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu.

“Saya mula makan sabun mandi selepas tertarik melihat bentuk dan baunya. Selepas menggigit sedikit cebisannya, saya rasa ia begitu enak dan sejak itu mula menjadikannya makanan harian.
ENAK...bedak jadi makanan harian Mohd Razali.

“Sejak tujuh bulan lalu, saya mula makan bedak talkum pula, juga kerana saya suka baunya yang harum. Kini saya mampu menghabiskan dua atau tiga botol bedak 100 gram sehari,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Padang Rengas di sini, semalam.

Segelintir penduduk yang mendapat tahu mengenai minat pelik warga emas itu yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang pada mulanya beranggapan Mohd Razali tidak waras.

“Saya akui pada beberapa tahun pertama dulu bukan saja jiran sekampung, malah anak-anak termasuk isteri mengatakan saya gila.

“Selepas gagal meyakinkan mereka, saya membuat keputusan pergi menjalani pemeriksaan di sebuah hospital dan keputusannya mengesahkan saya waras,” katanya. Dia yang berasal dan tinggal di Sungai Temau, Kuala Lipis berkata, sehingga sekarang, dia masih tidak tahu punca dan kenapa dia memiliki tabiat pelik itu.

“Sudah ribuan kali saya ditanya soalan ini, tapi saya sendiri tidak tahu jawapannya. Ia masih menjadi misteri bagi saya dan keluarga. Tabiat ini bukan sengaja diada-adakan untuk mencari publisiti kerana tiada sebab untuk saya buat begitu,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Razali tidak menolak kemungkinan ia ada berkaitan dengan unsur mistik kerana pernah menemui pengamal ilmu perubatan tradisional dalam usahanya menghentikan tabiat ini.

Katanya, usahanya itu selepas gagal mendapatkan jawapan daripada doktor bertauliah, juga menemui jalan buntu menyebabkan dia berserah segala-galanya kepada Tuhan.

“Isteri (Rohani Yusup, 57,) dan anak-anak sudah berputus asa menasihatkan saya supaya berhenti. Malah, isteri pernah cuba meletakkan tepung gandum dalam bekas bedak kerana bimbang saya jatuh sakit kerana makan bedak setiap hari.

“Namun, usaha itu gagal kerana saya dapat membezakan rasanya. Saya tidak tahu bagaimana menjelaskan perasaan saya ketika makan bedak dan sabun, tetapi jika sehari tidak menjamahnya, saya gelisah seperti ada sesuatu tidak kena,” katanya. Sementara itu, anak Mohd Razali, Roslinda, 32, berkata, dia dan adik beradik lain sudah letih menasihatkan bapa mereka supaya berhenti mengamalkan hobi pelik itu.

“Kami percaya ayah menjadi begini akibat terkena buatan orang menggunakan sihir atau ilmu hitam. Justeru, saya berharap jika ada pihak boleh membantu merawat penyakit ‘unik’ ayah ini.

“Kami tidak mahu ayah meneruskan tabiatnya makan bedak dan sabun mandi kerana bimbang bakal memudaratkan lagi keadaan kesihatannya yang semakin uzur sekarang,” katanya.

Sumber : Metro

Cer citor apa ke gilanya orang ini?
Bukan gila tetapi dah anugerah Allah pada dia.....
Inilah kelebihan yang dia ada darti kita manusia biasa.....
Nak tahu ok tak ok CUBA anda try makan sabun......
Kalau tak sakit anda poun istimewa la kalau sakit Tanggung lah sendiri yer....

‘Toyol’ curi komputer riba

BUKTI...rakaman CCTV menunjukkan dua kanak-kanak yang menceroboh pejabat sekolah dan melarikan komputer riba.
JOHOR BAHRU: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah agama di Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima penjenayah cilik termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah masuk pejabat sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba.

Dalam kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit berusia 10 hingga 18 tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda berusia 10 dan 12 tahun menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit masuk melalui pintu berjeriji selepas gagal memecahkan mangga.

Kedua-dua mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang berharga dan berada di situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka dirakam CCTV.

Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah berkenaan, Mohammad Nick Abdullah, 43, berkata dia menyedari kejadian itu selepas melihat kesan umpil pada satu daripada pintu jeriji ketika ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam 7.30 pagi semalam.

Selepas memeriksa pejabat, Nick mendapati komputer riba hilang dan penelitian melalui rakaman CCTV menunjukkan penjenayah cilik menyelongkar laci dan memasukkan peralatan elektronik berkenaan ke dalam dua beg.
SOROK...rakaman CCTV menunjukkan seorang kanak-kanak yang berselindung di sebalik pintu merangkak untuk mengelak wajahnya dirakam.

Sumber : Metro

Part time cuti sekolah untuk cari duit saku.....
Mengapa pekara ini boleh berlaku?
Dimana silapnya?
Nak salahkan siapa?
Cer citor.....cer citor.....

Adik ‘naik hantu’, amuk parang

KUALA TERENGGANU - Hanya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan salah seorang abangnya yang menggunakan kereta tanpa pengetahuannya, seorang adik ‘naik hantu’ dengan mengamuk menggunakan sebilah parang dalam satu kejadian di Kampung Banggol, di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, suspek yang berusia 37 tahun dan merupakan adik bongsu daripada empat beradik itu, bertindak mencalarkan kereta jenis Proton Wira itu dengan menggunakan parang serta mengugut mangsa yang juga merupakan abang ketiganya sejurus mengetahui kenderaan berkenaan digunakan.

“Bimbang sesuatu perkara buruk bakal berlaku, mangsa berusia 40-an menelefon abang keduanya yang tinggal di kampung bersebelahan untuk meminta pertolongan memandangkan adik bongsu mereka seolah-olah sudah hilang ‘ingatan’.

“Sejurus menerima berita itu, abangnya yang berusia 53 tahun terus menelefon Balai Polis Gong Badak bagi mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zamri berkata, semasa tiba di lokasi kejadian, suspek masih sedang mengamuk di hadapan rumah mangsa sambil memegang sebilah parang.

“Pihak kami mengambil sedikit masa untuk menenangkan suspek dan setelah beberapa minit dipujuk, akhirnya suspek akur dan menyerahkan parang berkenaan,” katanya.

Katanya, suspek kini ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Sumber : Sinar

Cer citor dimana akal orang yang mengamuk ini?
Benda kecil saja....
Mungkinkah keran kerana kemarah sudah mengusai diri....
Ramai rakyat Malaysia yang tidak boleh mengawal perasaaan sendiri.....
Belajarlah mengawal perasaan sendiri dan mengawal tekanan....

Dua warga Myanmar dicari

WANTED
KUANTAN - Dua lelaki warga Myanmar dikehendaki polis untuk membantu siasatan berhubung penemuan mayat rakan senegara di ladang kelapa sawit di Kampung Kasing Pianggu, Rompin pada 20 November lalu.

Lelaki terbabit, Khin Tan Maung, 41 dan adiknya, Khin Tin Maung, 35 (berkaca mata hitam) kini hilang selepas kejadian pembunuhan rakan senegaranya. Soe Myint, 28 di kampung terbabit.

Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Superintendan, Nor Asyikin Samsuri berkata, kedua-duanya dipercayai rakan mangsa.

Menurutnya, orang ramai diminta melaporkan penemuan ataupun mengenali kedua-duanya di balas polis berhampiran untuk membantu siasatan kes itu.

“Setakat ini, beberapa rakan mangsa sudah ditahan polis untuk siasatan lanjut dan direman selama seminggu,” katanya kepada pemberita ketika mengedarkan foto fit kedua-dua lelaki itu di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, semalam

Sinar Harian, Selasa lalu menyiarkan laporan mengenai seorang lelaki warga asing yang bekerja sebagai nelayan akibat ditetak dengan senjata tajam di seluruh anggota badan, dipercayai dilakukan oleh rakan-rakannya sendiri dalam kejadian di kampung tersebut..

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu disaksikan orang awam yang kebetulan melalui jalan berkenaan sebelum melaporkannya ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin.

Sepasukan anggota polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa dalam keadaan terbaring di atas tanah dan sudah tidak bernyawa dengan tubuhnya dipenuhi kesan luka.

Namun, mangsa dipercayai sempat melarikan diri dan bergelut dengan sekumpulan suspek sebelum dia ditetak dengan kejam menggunakan senjata tajam dan kejadian itu disaksikan orang awam dan kejadian itu disaksikan orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Saksi melihat kelibat beberapa lelaki dari rumah yang dihuni sekumpulan warganegara Myanmar sedang berlari mengejar seorang lelaki dipercayai rakan mereka dengan menggunakan parang.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh badan sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk dibedah siasat.

Sumber : Sinar

Cer citor dimana akal mereka ini?
Datang ke negara ini cari rezeki ke atau nak membunuh sesuka hati....
Jom kita bantu POLIS cari mereka yang kejam ini....

Buat maksiat dalam kereta

KUANTAN - Memalukan. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabila tanpa segan silu melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.

Perbuatan terkutuk pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat dirakam orang awam kebetu-lan berada di kawasan itu.

Lebih memalukan, pasangan wanita yang melakukan adegan itu nampak sopan dengan bertudung dan berbaju kurung.

Orang awam dikenali sebagai Fook berkata, adegan memalukan dalam kereta jenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.

Menurutnya, dia kebetu-lan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak kelibat mencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana bimbang berlaku kejadian jenayah di situ.

“Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan kekasih itu sedang asyik bermadu asmara di tempat terbuka tanpa segan silu,” katanya.

Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun masih berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.

Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang dilalui kenderaan memberi kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu melakukan aksi terlarang.

Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana aksi yang dirakamkan itu.

“Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat rondaan di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.

“Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana mereka tahu kawasan itu ‘selamat’ dan tersorok,” katanya.

Sumber :sinar

Cer citor dimana akal mereka ini?
Gejala ini semakin hari semakin teruk.....
Dimana mana saja boleh berlaku......
Melepaskan nafsu dimana mana saja tanpa segan silu.....

Jalan pintas port maksiat

JELAI – Keadaan jalan pintas menghubungkan antara penempatan Blok 7 Jelai 2 ke Pejabat Felda Jelai 2 yang tidak diselenggarakan dan dipenuhi semak samun didakwa menjadi port maksiat.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Jelai 2 Impian, Norhaire Hasan berkata, laluan pintas itu hanya digunakan oleh penduduk yang mengetahui kewujudannya kerana jaraknya lebih dekat berbanding laluan biasa yang tiga kali ganda lebih jauh.

Bagaimanapun menurutnya, susulan laluan itu tidak diselenggarakan dengan baik dan semak samun memenuhi laluan, ia menjadi port paling strategik individu tidak bertanggungjawab termasuk kaki botol untuk melepaskan ketagihan mereka.

“Oleh itu, kita sepakat untuk mengambil tindakan sendiri dengan bergotong-royong membersihkan laluan ini bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat yang diketuai Pegawai Penyelaras Kemas Dun Gemas, Mujahir Termiji.

“Bayangkan, sempena gotong-royong ini, banyak botol-botol arak dijumpai dan dikumpulkan untuk dibuang. Sekiranya, dihitung tidak kurang daripada empat guni atau hampir 300 botol kosong arak dijumpai,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program Khidmat Masyarakat, dekat sini.

Norhaire berkata, diharap pihak bertanggungjawab sama ada Felda, Jawatankuasa Kemajuan Kawasan Ran­cangan, mahupun Selia Selenggara dapat mengambil perhatian serius mengenai isu itu supaya jalan pintas tersebut dapat dibersihkan.

Katanya, sekiranya dibiarkan, masyarakat setempat gusar kerana lebih banyak lagi masalah sosial yang tidak diingini akan berlaku seperti menjadi tempat memadu asmara bagi pasangan muda.

“Kita harap isu ini akan diberikan perhatian serius dan bagi masyarakat setempat pula, diharap mereka juga memainkan peranan masing-masing dengan memberikan teguran serta nasihat sekiranya terserempak dengan kejadian tidak bermoral di laluan ini.

“Namun, perkara utamanya, kita yakin sekiranya laluan ini diselenggarakan dengan baik, ianya mampu mengurangkan risiko menjadi lo­kasi kegiatan tidak bermoral,” katanya.

Sumber: Sinar

Cer citor siapakah yang patut sedar akan gejala ini?
Cer citor kenapa gajala ini berleluasa sekarang ?
Bersihkan tempat ini dia orang buat tempat lain......
Dimana kah silap ny gejala ini boleh berlaku?

Empat warga Taiwan diperintah bela diri

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini semalam mengetepikan keputusan membebaskan empat lelaki Taiwan atas tuduhan mengedar dadah.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, mempengerusikan sidang tiga anggota panel hakim mengarahkan kes keempat-empat mereka itu dihadapkan balik ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru untuk membela diri.

Hakim Md Raus, bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, memutuskan terdapat kes prima facie terhadap keempat-empat mereka bagi tuduhan berkenaan.

Panel hakim membenarkan rayuan pihak pendakwa untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 27 Disember tahun lalu yang membebaskan Chung Sheng Wen, 38, Chang Min Yen, 37, Chang Yun Sheng, 33, dan Wu Sheng Yuan, 33, tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan.

Pihak pendakwa membuat ra-yuan ke Mahkamah Persekutuan selepas ia gagal di peringkat mahkamah rayuan yang mengekal keputusan membebaskan keempat-empat lelaki berkenaan.

Dalam keputusannya, Md Raus berkata, mahkamah berpendapat Mahkamah Tinggi dan mahkamah rayuan tersilap kerana mendapati tiada pertalian antara responden, dadah, mesin dan bungkusan-bungkusan yang dijumpai di sebuah kilang.

Hakim itu menetapkan 2 Disember ini tarikh untuk sebutan kes mereka di Mahkamah Tinggi. Keempat-empat mereka dituduh mengedar Nimetazepam seberat 43.033 gram di sebuah kilang dekat Kawasan Industri Tebrau 2, Johor Bahru, kira-kira jam 5.30 pagi, 22 Mac 2009.

Mereka ditangkap sepasukan polis yang membuat serbuan di kilang itu yang menjumpai dan merampas sejumlah perkakas, peralatan, kimia dan mesin yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan dadah. Dadah yang dalam bentuk pil juga dijumpai di kilang tersebut.

Dalam kes lain, bekas seorang Lans Koperal, Yusri Mat Daud terlepas tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan yang sama membebaskannya daripada tuduhan mengedar 5,756 gram ganja. Panel hakim membenarkan rayuan Yusri untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam mensabitkan dan menjatuhi hukuman gantung ke atasnya atas tuduhan mengedar dadah berkenaan di Jalan Cheras pada jam 4.15 petang 9 Mei 2002.

Sumber : Sinar

Cer citor dimana akal mereka yang melakukan pekara kejam ini?
Penghapus anak bangsa kita ini sepatutnya dikenakan Hukuman Yang berat.....

Dicabul Orang Asli

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga minggu ke atas seorang Orang Asli selepas mengaku bersalah terhadap dakwaan menggunakan kekerasan untuk mencabul kehormatan seorang gadis bawah umur.

Majistret Parvin Hameedah Natchair memerintahkan hukuman ke atas Baharom Awang, 23, dilaksanakan mulai tarikh dia ditangkap pada 23 November.

Baharom, seorang pekerja membancuh simen, didakwa menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan seorang gadis berumur 17 tahun di koridor bertentangan dengan Maple Boutique, No. 105 Jalan Sultan, Dang Wangi, pada 11.45 pagi 23 November.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau rotan atau mana-mana dua hukuman jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Tan Siew Ping.

Sumber : Sinar

Berhati-hati lah wahai gadis di Malaysia....
Ramai yang gila seks di luar menanti anda...
Sentiasa ambil langkah-langkah berjaga-jaga....
Cer citor Kenapa pesalah hanya dikenakan hukuman yang ringgan saja...
Jika begini makin ramailah yang berani membuat jenayah ini

Gembira hanya sementara

GEORGETOWN - Seorang lelaki hanya sempat meraikan seketika pembebasannya oleh Mahkamah Tinggi apabila ditahan semula polis.

Lelaki tersebut, Ashraf Ali Moh­amed Hanifa, 41, sebelum itu dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan menge­dar ganja.

Sebelum itu, Hakim Datuk Zamani Abd Rahim membuat keputusan membebaskannya selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes itu.

Dalam keputusannya, Zamani berkata, pendakwaan gagal membuktikan dadah yang dirampas adalah milik Ashraf Ali dan kegagalan untuk memanggil seorang saksi penting serta relevan untuk menamatkan kes itu.

Ashraf Ali didakwa me-ngedar 93.9 gram ganja di kawasan Jalan Paya Terubong, kira-kira jam 4.12 pagi, 12 Mac tahun lalu.

Untuk pertuduhan itu, dia berdepan dengan hukuman mati di bawah Seksyen 39 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama, jika sabit kesalahan.

“Saya dapati pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh berhubung dakwaan ke atas Ashraf Ali. Oleh itu dia dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil bela diri,” katanya.

Beliau berkata, ketera-ngan saksi pendakwaan juga mempunyai percanggahan antara satu sama lain.

“Keterangan saksi pihak pendakwaan di dalam mahkamah didapati tidak mempunyai kredibiliti untuk me-ngaitkan Ashraf Ali dengan kanabis (ganja) yang dijumpai dalam bonet kereta.

“Keterangan SP3, di mahkamah menyatakan bahawa Ashraf Ali duduk di ruang memandu ketika serbuan tetapi keterangannya berlainan mengikut laporan polis yang menyatakan Ashraf Ali berdiri di luar kereta,” katanya.

Selain itu, mahkamah mendapati keterangan saksi yang lain juga mempunyai beberapa percanggahan de-ngan keterangan SP3.

“Selepas mahkamah menilai semua keterangan yang dikemukakan pihak pendakwaan peringkat akhir kes pada tahap maksimum, mahkamah memutuskan pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Ashraf Ali,” katanya.

Sebaik keputusan dibacakan, Ashraf Ali yang berada di dalam kandang tertuduh secara spontan berdoa kerana bersyukur terlepas daripada hukuman mati.

Ashraf Ali diwakili peguam, S Yagoo manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muna Mohamed Jaafar.

Bagaimanapun dia di­ta­han semula sebaik keluar dari mahkamah mengikut Akta Da­dah Berbahaya 1985 (Langkah-Langkah Pen­ce­gahan Khas) 1985.

Sumber : Sinar

Cer citor kenapa dia ditangkap semula.....
Positifkan fikiran anda selalu.....
Setiap kesalahan yang kita lakukan pasti ada hukumannya....
Jangan ingat kita boleh lepas dari kesalahan yang kita lakukan....
Anda memang kejam apabila anda menjadi pengedar dadah....

Tuesday

Kerajaan VS Peguam

(KERAJAAN)

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011

Antara kandungan terpenting undang-undang ialah :

1- Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.
2- Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.
3- Tiada protes jalanan dan perhimpunan dibenarkan.
4- Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang terlarang.
5- Kawasan terlarang di sebut di dalam Seksyen 27 akta sebagai di pekarangan stesen minyak, hospital, balai bomba, lapangan terbang, stesen kereta api, terminal pengangkutan darat, pelabuhan, limbungan, terusan, jambatan, rumah ibadat, tadika dan sekolah serta empangan.
6- Seksyen 9(5) membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal mengadakan perhimpunan diserahkan kepada polis.
7- Seksyen 21(3) membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000;
8- Individu bawah umur 21 tidak dibenar menganjurkan perhimpunan; dan
9- Kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan, termasuk berkaitan kebudayaan dan acara keagamaan seperti perarakan kematian yang diluluskan oleh menteri dalam negeri.
Dijadual untuk bacaan kedua pada minggu depan, rang undang-undang itu dibentangkan serentak dengan rang undang-undang lain untuk meminda Akta Polis, yang antaranya mensyaratkan permit polis diperoleh sebelum mengadakan perhimpunan.


( Majlis Peguam )
Cadangan Alternatif Majlis Peguam.

Majlis Peguam telah menyediakan cadangan Alternatif kepada RUU Perhimpunan Aman yang akan mereka serahkan dalam bentuk memorandum. Perarakan Walk For Freedom telah diadakan pagi ini 11.30 pagi menuju ke Parlimen.   
 
Di bawah RUU Alternatif, Majlis Peguam mengesyorkan beberapa cadangan kepada kerajaan untuk dibentangkan kepada Parlimen.

1- Disyorkan penganjur hanya perlu memberi notis bertulis 5 hari berbanding 30 hari yang diperuntukkan oleh pentadbiran Najib sebelum ini.
2- Disyorkan notis tidak perlu diberi kepada Polis untuk perhimpunan aman yang tidak munasabah atau tidak praktikal untuk dilakukan antaranya kempen pilihan raya.
3- OCPD selepas menerima notis akan mengadakan perbincangan dengan penganjur dengan niat mahu memudahkan penganjuran perhimpunan aman.
4- OCPD perlu memaklumkan penganjur jika apa-apa syarat hendak dikenakan dalam tempoh 48 jam selepas menerima notis.
5- OCPD atau Penganjur memperdengarkan permohonan di hadapan Lembaga Perhimpunan Aman dengan 25 anggota akan dibentuk. 
6- OCPD hendaklah menugaskan anggota di tempat perhimpunan aman.
7- Peranan pihak media hendaklah diutamakan.
8- Penganjur yang melanggar undang-undang di denda tidak melebihi RM5,000.
9- Polis yang melanggar akta ini yang disabitkan kesalahan boleh didenda RM5,000.


(SUHAKAM)
......11 Syor Suhakam...........

1- Mengkaji semula tempoh notis wajib 30 hari atas alasan ia tidak praktikal dengan tujuan perundangan baru itu.

2- Kajian semula mengenai larangan terhadap perhimpunan dalam jarak 50 meter dari had mana-mana tempat yang dilarang kerana ia tidak tidak realistik di kebanyakan bandar dan pekan.

3- Perbezaan yang lebih jelas dibuat antara takrifan “perhimpunan” yang termasuk “perarakan” dan “protes jalanan”.

4- Hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata harus dipanjangkan kepada bukan warganegara kerana mereka juga mempunyai hak untuk meluahkan pendapat dan hak untuk didengari.

5- Menimbang semula peruntukan mengenai penyertaan kanak-kanak,  menurunkan had umur 15 tahun yang dibenarkan kepada had umur yang lebih sesuai memandangkan adanya obligasi perjanjian di bawah Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak.

6- Mengkaji semula Fasal 13 dengan memasukkan model kerjasama yang membenarkan pihak polis dan pihak penganjur perhimpunan untuk berbincang dan memperoleh kata sepakat mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perhimpunan bagi tujuan mempermudahkan perhimpunan selaras dengan matlamat rang undang-undang ini.

7- Membenarkan rayuan dibuat ke atas sekatan dan syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak polis kepada mahkamah dan bukannya kepada Menteri Dalam Negeri.
 
8- Mengkaji semula Fasal 19 yang menganggap “penganjur” sebagai seseorang yang menggalakkan, menaja,  mengadakan atau menyelia perhimpunan, atau menjemput atau merekrut peserta atau penceramah bagi perhimpunan.  Mereka ini adalah semata-mata menjalankan hak asasi demokratik mereka dan “tidak patut dipertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku apa-apa ketidakpatuhan”

 9- Memasukkan peruntukan-peruntukan di bawah Prinsip-Prinsip Asas mengenai Penggunaan Kuasa dan Senjata Api oleh Pegawai Penguatkuasaan Undang-undang PBB.

10- Memastikan akses sepenuhnya dan bukan hanya yang munasabah, kepada media dalam perhimpunan awam di bawah Fasal 24. 

11- Memasukkan peruntukan yang membenarkan pihak luar seperti Suhakam, Majlis Peguam dan badan-badan berkanun lain yang berkaitan untuk memantau perhimpunan awam.

 Sumber : Hhalem, MalaysiaKini

Cer citor siapa yang benar?
Kita sama-sama ada akal logik sendiri......
Sendiri fikir yer......

Demostrasi Jalanan Peguam

Aik....Dia lagi????

Peguam pun buat demostrasi ke?
Waduh-waduh memang pelik la.....
Walaupun mereka hebat di Mahkamah......
Walaupun mereka cukup arif tentang undang-undang.....
Apakah motif ini semua?
Adakah mereka tidak percaya kepada keadilan melalui Undang-undang....
Adakah mereka ini menyokong Demostrasi Jalanan?
Dimana sikap PROFESIONAL mereka?
Cer citor kenapa masa Geng mereka nak buat perhimpunan SEKS tidak buat macam ini?
Emmmm......Apa nak jadi ni? 
Berjalan Demi kebebasan???? 
Kebebasan siapa
Rakyat ke ? aik selama ini tak bebas ke?
atau tak bebas bersuara?
Suara siapa? suara anda ke? or suara rakyat?
Siapa yang bercakap selami ini? rakyat ke OR anda?

Cer citor....Cer citor.......

Peguam PROFESIONAL berdemostrasi 





Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor