Translator

Monday

SK Petaling 1 VS Sk Seri Saujana ( Persahabatan)

Pasukan Utama SK PETALING 1
( Depan dari kiri : Faiz,Hasbul,safie,syahmi,azim,ameer,adib,azlan )
(Belakang dari kiri : Daniel,Imad,faiz basir,no 4 tak dapat dipastikan,shafiq,Dawson,Tak dapat dipastikan,ismail, asyraf)

  
Perlawanan Persahabatan Sk Petaling 1 VS Sk Seri Saujana

              Pengadil yang mengadili perlawanan ini En Mus

Jurulatih Utama Pasukan 1( En Helmi ) memberi taklimat penuh selepas perlawanan


Perlawanan ini bermula pada pukul 9.00 am di Padang SK Seri Saujana.
Pada masa pertama perlawanan ini dikuasai oleh Sk Petaling 1 dengan jumlah gol 2-1....
Pada masa kedua pula sk petaling telah dikalahkan dengan keputusan penuh 8-3.....
Perlawanan dikuasai 75% oleh Pasukan Sk Seri Saujana....

Perlawanan ini adalah amat berguna kepada pasukan Sk Petaling 1 kerana mejoriti dari pemain bermain buat pertama kali di padang bola sepak dan kali pertama menghadapi perlawanan sebenar.

Antara kelemahan yang nyata ialah :
  • Penghantaran bola yang tidak sempurna
  • Fitnes terlalu lemah
  • Sepakan yang lemah tak sampai setengah padang
  • Penjaga gol yang lemah
  • Gagal melepaskan rembatan yang kencang
  • Pemain cepat hilang tumpuan
  • Pemain terlalu takut menghadapi pemain yang lebih besar
  • Tidak dapat menahan tekanan
Terima kasih kepada pihak SK seri Saujana kerana telah menyediakn tempat dan layanan yang baik kepada pemain dan pihak Sk Petaling disepanjang perlawanan ini. Perlawanan pertama ini telah banyak memberikan pengalaman pertama yang amat berharga kepada pemain SKP 1......Kita akan berjumpa di perlawanan persahabatan kali ke 2

Friday

Fitness Soccer

Dah beberapa hari tak update blog.....pasai nya penyakit malas yang cuba dibaiki......

Budak2 bola ok la....skg ni hanya pertingkatkan skill dan teknik permainan jer...sampai tak tahu nak buat apa dah........Ahad ni ada persahabatan ngan sk seri saujana...tak tahu la nak wat mcam mana hope2 ok ler.....

Dalam kepala ingat nak buang budak dah ni...pasai tak ada disiplin...adakah patut saya wat g2...pergh.................pening dah ni.....

Wednesday

TahnIah BUat PemaIn mAlaYsia

Keputusan Live Malaysia vs Pakistan: Pusingan Pertama Kelayakan Olimpik 2012 (23 Februari 2011): (MALAYSIA 2-0 PAKISTAN)
  • 94": Tendangan percuma Pakistan ditumbuk oleh Fahmi dan mengeluarkan bola dalam kawasan bahaya. Permainan tamat dengan Malaysia 2-0 Pakistan.
  • 92": Ahmad Fakri menyerang lagi tetapi cubaan yang sudah beberapa kali oleh beliau gagal membuahkan hasil akibat tiada sokongan, serangan yang tidak begitu tajam dan juga permainan baik oleh penjaga gol Pakistan
  • Masa tambahan 5 minit diberikan pada perlawanan ini dan sekarang pemain Pakistan menyerang tetapi dapat dikeluarkan oleh pemain Malaysia
  • 88": Free header ke tanah dan melantun keluar oleh Gurusamy tidak dapat disempurnakan dengan baik walaupun mempunyai peluang yang sangat baik
  • 87": Sekali lagi tandukan Wan Zack Haikal tersasar. Serang jangan tak serang
  • 86": Tandukan Wan Zack Haikal di dalam kotak penalti dapat ditangkap kemas oleh Muhammad Umar
  • 83": Pemain Pakistan, Mohd Touseff cedera beberapa minit dalam padang akibat pernafasan dan phisio dipanggil masuk
  • 10 minit lagi perlawanan akan tamat dan Malaysia kelihatan tidak mempunyai mood untuk menyerang. Come on Malaysia need at least one more goal untuk dibawa bekal ke Pakistan di pusingan kedua 9 Mac nanti
  • 76": Sepakan sudut ke-10 Malaysia diambil oleh Wan Zack Haikal tetapi sepakan sangat lemah tak sampai pun ke pintu gol
  • 75": Walaupun banyak menyerang, tiada sebarang gol dapat dijringkan pada separuh masa kedua, perlu gol lagi dan take advantage of lawan 10 orang tetapi penjaga gol Pakistan bermain dengan sangat baik
  • 69": Pertukaran kedua Malaysia di mana Wan Zaharulnizam (jersi 8) dikeluarkan dan Wan Zack Haikal (jersi 16) dibawa masuk
  • 65": Tendangan Ahmad Fakri dapat diselamatkan oleh Umar dengan baik. Memang cemerlang Umar bermain malam ini
  • 63": Penjaga gol gantian Pakistan, Muhammad Umar sedikit cedera tetapi dapat meneruskan permainan setelah berlaku pertembungan dengan pemain Malaysia, kalau tidak pemain bukan penjaga gol perlu menggantikan Umar
  • 57": Percubaan pemain Malaysia, Ahmad Fakri dengan sepakan di luar kotak penalti "disentuh" sedikit oleh penjaga gol dan terkena palang gol, kalau tidak dapat satu gol lagi. Gol kedua semasa separuh masa pertama
  • 56": Pemain Malaysia, Mohd Irfan tidak dapat menanduk bola di hadapan kotak penalti akibat halangan yang begitu cepat oleh pemain Pakistan
  • 54": Wan Zaharulnizam menyerang tetapi dapat diselamat dengan baik oleh penjaga gol dengan merebahkan badan
  • 51": Shakir dikeluarkan dan Sivanesen dimasukkan. Satu tindakan yang saya kira baik terutamanya Shakir telah dilayangkan satu kad kuning dan bertindak mengasari pemain Pakistan lagi separuh masa kedua
  • 50": Setelah 5 minit permainan di separuh masa kedua Malaysia bertali arus menyerang terutamanya Pakistan hanya bermain dengan 10 orang
  • 46": Mohd Fadhli gagal menyempurnakan sepakan pada depan pintu gol kiri Pakistan
  • Permainan pada separuh masa kedua baru sahaja dimulakan dengan Pakistan membuat pertukaran penjaga gol
  • 45"++: Gol kedua Malaysia dijaringkan oleh Mohd Irfan Fazail dengan sepakan dalam kotak penalti. Separuh masa pertama tamat, jumpa lagi dalam masa 15 minit. GOL KEDUA
  • 45": Tendangan percuma pemain Pakistan berjaya ditangkap oleh Khairul Fahmi dan Ansar Abbas (jersi bernombor 17) diberi kad merah akibat menyepak peha Fahmi di dalam kotak penalti akibat tidak berpuas hati
  • 44": Shakir dikenakan kad kuning akibat kekasaran ke atas pemain Pakistan, Faisal Iqbal dan masih terbaring di atas padang dan 4 minit masa tambahan diberi
  • 43": Tandukan Shakir dalam kotak penalti melepasi palang gol
  • 41": Kaleemullah diusung keluar setelah berlaku pertembungan dengan pemain Malaysia
  • 38": Pakistan hampir-hampir menerjah gawang Malaysia tetapi tendangan Kaleemullah, jersi bernombor 10 tersasar di sebelah kanan pintu gol setelah pemain pertahanan Malaysia gagal mengawal dengan baik
  • 36": Malaysia terus mengasak pertahanan Pakistan tetapi tendangan Gurusamy tersasar ke tepi sebelah kiri pintu gol
  • So far setelah 28 minit berlalu, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi sudah diuji 2 kali dan dapat dikawal baik oleh Fahmi
  • 19": Sepakan percuma diambil oleh Wan Zaharulnizam tersasar melepasi palang gol. Yang terlepas boleh melihat Jaringan gol minit ke-3 oleh Wan Zaharulnizam
  • 16": Sepakan percuma di luar kotak penalti diambil oleh Gurusamy terkena palang. Sayang sekali. Sepakan tersebut diberi setelah pemain Pakistan menampan bola dengan tangan dan telah diberi amaran lisan oleh pengadil
  • 14": Shakir gagal memanfaatkan serangan solo akibat tiada sokongan dan serangan di sebelah kiri pintu gol telah memaksa penjaga gol keluar dan bola keluar begitu sahaja
  • Setelah 10 minit permainan, penguasaan oleh Malaysia terutamanya setelah mendapat gol pertama

  • Gol pertama buat Malaysia seawal 3 minit hasil jaringan Wan Zaharulnizam yang berasal dari Kelantan. Jaringan Gol
  • Perlawanan baru sahaj dimulakan dengan Malaysia membuat sepakan mula dengan memakai jersi kuning hitam manakala Pakistan memakai jersi putih, berjalur hijau di tepi. Senarai pemain-pemain seperti di bawa

Thursday

keputusan Penuh UEFA Champions League

Ac Milan ( 0 ) Vs Tottenham ( 1 )
                                                              Crouch 80'

Valencia ( 1 ) VS Schalke ( 1 )
Roberto Soldado 17'                                Raul Gonzalez 64'

Arsenal ( 2 ) VS Barcelona ( 1 )
Robin van Persie 78'              David Villa 26'
Andrey Arshavin 83'            

Roma ( 2 )    VS   Shakhtar Donetsk ( 3 )
Simone Perrotta 28'                   Jadson 29'
Jeremy Menez 61'                     Luiz Adriano 41'
                                                   Douglas Costa 36'

khamIs....Training Today

Pagi2 dah tak ada mood...tak tahu kenaPa..But stay consisten dalam p&p....Satel kan surat makluman pada polis....then g anta...tak pasal2 kena marah...kalau tau tak yah anta....mesra dan cepat...boleh pakai ker...lantak la.....aku goverment gak...banyak keje gak.....tapi hati coustemer stay jaga gak...lupa lak kan polis ada kuasa lupa lak kan...lantak la...janji kita wat jer tugas masing2 dengan ikhlas..tak ikhlas tak yah le mintak keje goverment...Lupakan la.....(kadang2 terpikir lak kenapa penyamun banyak sangat yang tak bertaubat)....

Latihan start pukul 2.30 tepat...hanya 31 orang yang datang...ok le tu pasal tak yah buang2 dah...yang tak datang comfrim la tak dapat masuk nya projek team ini...yang termasuk dalam ini adalah player yang berbakat besar la.....6 org lak tu...tak apa la tak ada rezeki....lagi pun coach nya pun garang gile....garang demi disiplin bukan demi orang lain.....

sebahagian dari latihan hari ini..............

Tuesday

saKit ati NegerI kaLAh

adUh kaLI ke  2 kalAh........BerTurut tUrut laK tu.....Hari tu KalaH denGAn perAk 2-0 kaLi ni kaLAh di TempaT sendiRi deNgan pendaTang Baru FELDA uNited 1-0.....banYak kaLi pelUang daTang taPI pemAin negeRI laMbaT berTindaK.....aYUh negeRI banGkit laH......

Keputusan lain :
Sabah 0 Vs Johor 1

Selangor 3 Vs Terengganu 2

Kuala Lumpur 0 Vs Kelantan 1

Harimau Muda 2 Vs Perlis 1

Kedah 0 Vs Perak 0

Pahang 1 Vs T-Team 0



CheLSe (0) VS FulHam (0)

PAda perlaWaNan semAlam Petr Cech menJAdi HerO aPAbila menYelaMAtkaN sepaKAn panalTi Dempsey...KalAu taK meMAng chelsea maLu besar lebIh2 laGI chelSea baRU saJa menDapaTkaN kHIdmat penYeraNg beRU......SiaPa laGi kaLAu Tores...hehehehehe....


SaLam mAal HiJraH.....SemOga TahUN iNi leBIh baIK daRI TahUN YanG lePAs

MaRI kiTA laYan peRutusAn perDanA menTeri MAlaYSia seMpena SaMButaN MaaL hIJRAH.....1 ummah 1 MalaYsia....

PERUTUSAN YAB PERDANA MENTERI
SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1432H / 2010

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Saudara dan saudari sekalian
  1. Mendahului perutusan ini, kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana di atas taufik dan inayah-Nya dapat kita menyambut Maal Hijrah 1432H bersamaan 2010M pada tahun ini dalam suasana kesederhanaan dan penuh kerahmatan.
  2. Hari ini, seluruh umat Islam sedang memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w. yang penuh barakah itu. Bagi kita, sambutan ini merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah adalah satu gerakan berstrategik melalui penjanaan daya kreativiti yang tinggi dilatari oleh tradisi keilmuan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t
  3. Sambutan Maal Hijrah di negara kita pada tahun ini bertemakan “1Malaysia, 1Ummah”. Tema ini bertepatan dengan semangat hijrah yang dirukuni oleh Rasulullah s.a.w. dalam melahirkan satu ummah yang berteraskan kepada nilai-nilai murni, berpaksikan keadilan sosial, prinsip penerimaan dan meraikan kemajmukan melalui kepelbagaian.
  4. Semangat Hijrah inilah yang telah kita terjemahkan dalam bentuk program transformasi negara. Sememangnya, kesederhanaan dengan erti kata seimbang dan terbaik telah menjadi kerangka rujuk kita membangunkan negara selama ini.
  5. Menelusuri sejarah kejayaan negara, Malaysia kini telah muncul sebagai sebuah negara membangun yang maju, berdaya saing serta progresif. Kejayaan ini adalah didasari kekuatan perpaduan 1Ummah yang berasaskan keunikan perpaduan antara kaum yang sedia ada.
  6. Lantaran itu, kita mestilah berusaha untuk sentiasa berhijrah bagi mencipta kejayaan dan inovasi baru yang memberi impak rahmat kepada ummah.
  7. Kita juga telah menyarankan pembentukan pergerakan kesederhanaan di peringkat global, hakikatnya kita telah merujuk kepada semangat dan saranan yang dijanai oleh ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Percayalah, Malaysia sentiasa konsisten dalam menerajui konsep kesederhanaan dan keamanan sejagat sejak lima dekad yang lalu.
  8. Selama ini, pelan penghijrahan ekonomi dan pembangunan negara telah membuktikan falsafah kesederhanaan dan keseimbangan ini adalah satu pencapaian hebat dan mesej dakwah Islamiah yang besar di tahap global. Ia telah memberi pengiktirafan kepada Malaysia sebagai peneraju pemikiran dalam pelbagai bidang yang signifikan kepada dunia Islam.
  9. Pengiktirafan ini merupakan pemangkin kepada kita agar terus istiqamah dalam menjayakan program transformasi bersepadu dalam menjana model baru ekonomi bagi mewujudkan sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Ianya seiring dengan komitmen kita untuk melokasi Malaysia sebagai ikon kemakmuran, keharmonian dan kesederhanaan yang multi etnik dan multi agama sifatnya.
  10. Sesungguhnya, kita telah memberikan komitmen tinggi dalam membawa pengertian hijrah kepada agenda transformasi berganda buat Malaysia. Ianya bukan sahaja digerakkan melalui bidang ekonomi, sosial serta politik, malah profil Malaysia di pentas sejagat juga diberikan suntikan transformasi bagi mengungguli teraju teladan kesederhanaan.
  11. Sekiranya kita dapat meneladani semua ini, maka ianya akan mencetuskan lonjakan rahmat yang juga turut berganda kepada rakyat sekaliannya. Sesuai dengan firman Allah di dalam surah al-An’am ayat enam yang bermaksud: “Sesiapa yang membawa amal kebaikan, maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).”
  12. Mengakhiri perutusan, saya dan keluarga mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1432 kepada semua seluruh umat Islam Malaysia walau di mana jua berada dan raikanlah sambutan ini bersama rakan-rakan kita daripada pelbagai bangsa demi kekuatan “1Malaysia 1Ummah”.
Wabillahit-Taufiik wal-Hidayah, wassalamu ‘alaikum wa rahmatullahi wabarakaatuh.

KIsaH PeriStiwa Maal HIJraH yaNG perlU kiTa TahU..... 

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.
Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah.” Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr,Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakar bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakar (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakar (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.
Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba,
sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

SejaRah Ringkas Rasullulah s.aw....

 BIODATA RASULULLAH SAW :

· Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. (Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN ...

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN ...

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN ...

· Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN ...

· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN ...

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN ...

· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
· Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN ...

· Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN ...

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN ...

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW...

§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam'ah
§ 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW ...

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'


ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


IBU SUSUAN & SAUDARA SUSUAN RASULULLAH SAW
1. Thuwaibah - 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

1. Halimah Al-Saidiyyah - 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
3. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-'Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. 'Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas ...

Monday

sesungguhnya Setipa yaNg daTang pasTi perGi yang HidUp pasTi MATI

haRi yang suRam....sahaBat saYa disEkolah menINggal Dunia akIbat eksIden.....pemerGian nya SungguH menGejuTkan..tanPA disaNgka dia PerGi begItu cePat....saYa daN raKan2 seKerja baRu dapAt taHU Pagi tadi...rasA terKilan dalAm diri tidaK daPat meNziaraHI aRwaH buAt kalI teraKhir...Nak pergI meLAwat pusAra nya kaT kuanTan laK diKeBumikaN.....waLau apA pun Yang HidUp pasTi MaTi...iTu laH jaNji ALLAh pada hambA2 nya dIduNia...AL FATIHAH.......................

SurAt keBenaRan PenggUnaaN padanG barU TenGAh haRI tadI anTA...KaT banGUnaN DBKL baNdaR WawaSan...NamUN hamPa pasAi seMUa OrANg taK ada..TerPAkSa la Bagi KaT pioN suRUh leTak aTas meJA penGaraH DBKL....Hope2 lUlus la DeMI MinaT aNAK2 banGsa KU yanG perlUKan PadaNG....

Sunday

Manchester United (2) VS Manchester City (1)

TahNiah Mu meNang Ke Atas MusUh ketaTnya....Gol MU DijaRingKan oleh NanI (40) daN RooNey (77) manaKala GoL City diSumBang oleh SilVa (64).......MaKa denGan iNi badI rooNey sUdah iLang....semenTara iTu adaKah baDi  teVez SudAh KeMbaLI....TAhNIah BuaT Mu
GanDinGan YanG maNtaP.....
KeBijaKsaNaan NaNI adaLaH asEt UtaMA MU
GoL perTAma Mu DijaRingKan OleH naNi (40)
VoleY yaNG menGhasILkaN gOl keMenAngaN mU oLeh RooNey (77)
TeVez dIkaWal deNgaN baIK oleH Player Mu


Saturday

My TeaM.....FirsT daY TraIniNg......

pukuI 7.45am saYa daH saMpai.......buDak2 daH ada 2 3 keraT....al mAklum la budaK sudaH biaSa nGan janJi melaYu....paHAm2 jer LA...So saYa kumPulkan budAk....pasTu tgu haMpir 3o MinIt unTuk leNgkaPkan BudaK2.....MaCam BiasA la...haRi pertaMa saYa akAn memBebel pasAi disiPlin....tu yaNg penTing..saMbil tu amIk baLik suraT kebeNAran daRi ibu bapa...PentIng beB suRat tu unTuk deFend dirI kalAu jadI apa2 paDa budAk masA traIning.......

DaLam pukul 9 am baRu laH laTIhan seBenaR berMula....LariAn saTu pusIngan menGelilingi taMan dePan seKolah sAya.....MacaM2 raGam budaK ada..firsT time kot laRi keliLing taMan yanG besAr tu....SaMPai jer seKolah terUs waT latIhan asAs memaNaskan BadAn....budaK yaNG lamBAt Pa laGI...deNda la...hadIAh yaNG palIng sesuaI untuk buDak...pUsiNg paDang SekOlah 20 pusIngan,peNat ooo......KesIan puN ada taPi tu la keNa gaK buaT seBagaI perIngataN paDa budaK2 laIn..

AbiH asaS pemaNasan badaN maKa subJek perTama yaNG saYa aJAr adaLah TEKNIK MENGHANTAR BOLA daN MENAHAN BOLA...naIk penIng naK ajaR buDak yaNg tahu Bola sepak tapi taK tahU asas menGHanTAr bOla...maKa laTihan KEraS puN bermuLA.....MacaM biasA la naK keNA baGi lemBut KakI budAk yaNG keRAs Tak leH nak FlekSibeLL...

KetidaK keseSuaiaN padaNg di seKolah menYebaBkaN saYa teRpaksa memBawa BudaK2 ke PaDanG sebeNar...maKa paDang aWam la JawApanNya....maSalah YaNg tiMbul iaLah paDang berKenaAn berAda dI taMan berDekatAn,tak jaUh manA naMUn naK perGi ke SaNA terPaksA meLalui jaLan utaMa yanG banYAk kerEta...maKa saYa terPaksA menJadi PoLIS tRafik SEmeNtaRa...LotIh ooo naK kawAl bUdak daRi seKOlah keSana..paHAm2 jer lA perAngaI budAk....

MuriD MeMbuaT BuLAtAn bEsaR




LaTIhaN peMAnaSaN bAdaN berMula
LaRiAN meMAng PenTing
LatIhan FItneS....
LatiHAn meNghanTar Bola DaN MenaHan bOla





























AlhaMdulilah seMua nya BerJalaN denGan baIk...semua BudaK seLamat SamPai dI PadAng awAm taMAn seri SenTosa......FirsT laTihaN di siNi adalAh menGenaL padAng bOla...perBezaaN padaNg di SekoLAh daN paDang dI paDanG aWam ini......Lepas tu TrAiniNg MenGhaNtar BolA daN meNahaN bola...Amik KO terKOnTanG kaNTing SaYA tenGok....kaN ke BerbEza paDang rumPut denGAn paDang TAr...hehehehe.... SelePAs 1 jaM traIning asAs tu Saya lepaS kan bUdaK beRmaIN bolA secaRa beBAs. menGikuT kuMpulan yanG yanG teLAh diTetaPkan....Ni saTu laGI haL....macAm ayaM kaMpung JumPA sekor uLat jer SAya TengOk....AsaS yaNg diAjaR haRam ilaNG...ada Le 6 8 orAng yaNG guNakaN sKIll di AJar...BagI saYA tak Apa La bUat semEntaRA Ni biAr dUlu...baRu laGi sKIll yaNG diAjaR tu.....

LaSt seKali peRlaWanan taHUn 5 VS tahUn 6...firsT haLf buDAh TahUn 5 lEadIng 2-0 tHen secOnd HaLf bUdaK taHun 6 menYamAkaN keDudUKan...TahUn 6 berMAin ok le SikiT...Tapi TaHUn liMA berMAiN maK aI seBijik Bola KeJAR raMai2...keLAKar gILe SaYA tenGOk......

BudaK2 kepeNataN daRi seKolah ke PaDang Awam..



BudaK2 berKenaLAn deNgan ENCIk PadaNG
LaTihAn aSas MenGhaNtaR daN meNAhaN boLA
LatIhaN BeBaS....
Ni la SifaT BudaK2 yaNg MaIn BoLa ( RELAX je KAn)


























































 LatIhaN berAkHir daLAm puKUl 12.15 pm.....aMik ko dAri PukUl 8am hinGGA pUkul 12.15pm...laMa taK....MaKA kiTA tenGOk la berApa OraNG yaNG akaN daTAng ke LAtihAn seterUSnya....HaRI ini Yang haDir ke LAtiHAn leBIh kUraNg 30 oRanG leBIh....Lu pIkir la JuRUlaTIh 1, bUdak 3o leBih...BoLA ada 7 BiJi JeR..kOn laK ada 9....poNat JuruLatiH meREka NI jaNgan CaKap lA.....taK apA jaNJi pUas....see uuuu......DeMi kemaJUan SukAN UnTuk neGarA

SaBtu PenAt BUT pUAs....

PaGi 2 daH kenA banGun PasAi KenA dataNg seBeLum PukUl 8......Ngan MalAm tadI keLas  tuiSyen aBih lik 10 lobIh kemUdiaN BawAk Lak ISterI TerCInta NaK maKan tosaI.....So SaYa LaYAn duLU.....PukUi 12 baRu laH baLik...baH kaN kodAi dePan umaH jeR...taPi KerAna NamanyA makAn maKA laMa LamA laH sAya diSiTU taNpa DiSEdaRi........
IsteRi TerCinTa
AlhamDulilah...koNyaNg daH
NgAnTuk DaH

Friday

LayAn Aksi SemaNgat PeMAin MalaYsia Vs Hong Kong 2011

                                             SemanGat peMAin MalAysIa

                             SemanGat juaNg daN keYaKinaN YaNG tinggI

                                SeMangaT tidaK akAn menGaku KalAh

Thursday

Hari yang Memenatkan......

Hari ini sUngguh memenatkan...Pagi2 g keje dah marah anak murId saya.....Punca nya sebaB dia tak bagi Tumpuan.....Pastu tak nak buKak mulut DiajaR....KeSian Dia hari Ini.....Tapi PasTu ok dah paSaI saya bagI tumpuaN pada dIa...bantu Dia MenUlis dan Ajar seCara PersOnal.....So far So good kelas 2 MuTiara Ni...

PasTu saMbung laK kat KelAs 1 DeLima....So faR so GooD...P&P berJalaN LancAR....BudaK2 ok jer Kelas NI....

Then Terus lak ke KelaS SaYA sendirI 1 MutIara.....Mood Mula2 tak DE pasTu tibA2 ideA datanG lak BagI budAk CEPAt PAham....Main Kira2...BukAn BanYak Pun.....1 saMpai 10 jer....MasUk harI ke 4 saYa dah AjaR namUn taK dapat...TaPi haRi ini alhamdulilah Ok le sIkit....daLam 90% daPat meMahaMI apA yang DiajaRi....

ReHat Lak......IngaT nak BagI gB saIN sUrat kebeNaran BudaaaK bOla...taPi haMpeh dia tak Ada Lak....deNGan PK kaNan kirI dePan BelAkang SemUa tak Ada....TangguH lagi La traiN budak NI.....PasTu sUrat PemOHONAN Nak GuaNa pAdaaNg lak kena adJust aBis,....PayaH tul la SekOlah tak Ada Padang nI....TaPi miNat PunYa pasAl tak Apa la....LayAn kaN jer.......

PasNi nak kEna SiapKaN lak JaduaL latiHan budaK boLA......PoneT dah aRi ni.....Pukul 5.20 barU samPai umah....MalAm ni Tak taU la TidO puKui beRapa...jAdual KenA siaP kan Gak.....

Wednesday

TahniaH Malaysia.....Malaysia ( 2 ) Hong Kong ( 0 )

Perlawanan PerSahAbataN  Malaysia VS Hong Kong baru ajer selesAi....TahniAh kepada pemain Malaysia keraNa BerJaya MemPertAhankan MaruAh MalaYsia SebaGai jaguh RantAu Di AsiA TengGara ini.....

WaLau Pun Gol DijaRing LewAt MaSa sepAruh PerTama Dan LewAt MasA sEpaRuh Ke 2....Gol PerTama HasiL dAri GelEcekaN caNtik SAFIQ RAHIM yang juga KAPTEN Malaysia pada perlawanan malam ini dijaringkan pada minit 43......

JarIngan Kedua AdaLaha HasiL dari dari hantaran cantik SABREE ABU kepada AMIRULHADI pada miniy ke 90........

TAHNIAH BUAT PASUKAN HARIMAU MALAYA.......semoga kita dapat megekalkan momentum kita dan dapat bersaing dengan pasukan-pasukan yang lebih kuat.......

REKOD PERTEMUAN

Jumlah pertemuan antara kedua2 pasukan adalah sebanyak 21 kali dan Malaysia menang dalam 11 pertemuan. Kira kalau di atas kertas, rekod memihak kepada Malaysia tapi harus diingat, 3 pertemuan terakhir Malaysia kalah kpd HK. 
Apa2 pun mari kita imbas kembali rekod pertemuan Malaysia vs HK. Mengikut rekod FIFA, 4 hari selepas Malaya merdeka 31 Ogos, Malaya dah ada friendly dgn HK iaitu pd 9 Sept 1957. Keputusannya kita seri dgn HK 3-3.

Perlawanan terakhir dgn HK adalah pada thn 2004 untuk kelayakan Piala Dunia. Malaysia kalah 2-0, antara barisan pemain ketika itu ialah Hairuddin Omar, Rosdi Talib, Amri Yahyah, Indra Putra dan coach Bertalan Bicskei.

Kemenangan terakhir Malaysia pula pada tahun 2001, menang 2-0 hasil dua jaringan Akmal Rizal yang dibantu oleh Hairuddin Omar, Norhafiz Zamani & Irwan Idrus antaranya, hasil taktikal Alan Harris.

Salam Perhubungan.......

Hai Ini Lah Saya......Salam Perkenalan...
Salam....

Dunia ini penuh dugaan.....Blog ini adalah sekadar bingkisan untuk menyatakan sesuatu yang sepatutnya dan sesuatu yang tidak sepatutnya.....

Adalah dinyatakan blog ini sekadar suatu yang "suka-suka" diwujud kan dan saya sebagai penulis blog ini meminta pandangan sesiapa saja bagi memajukan blog ini.......

Saya sebelum ini ada menulis beberapa blog tetapi semuanya berkubur....mungkin kerana sifat malas yang menebal dalam diri ini...namun saya akan cuba update blog ini setiap hari bagi mencuba nasib dalam bidang blonging ini....

Hope semua nya berjalan lancar......Salam perkenalan kepada semua.....Huahuahuahua......

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor