Translator

Saturday

Keputusan Final Maharaja Lawak Mega


Tepat dugaan cer citor.....
OSBON adalah juara Maharaja Lawak Mega 2011....
Dengan ini OSBON berjaya membawa pulang RM350,000
Berikut adalah keputusan penuh MLM 2011 :

JUARA :
OSBON

NAIB JUARA:
 BOBOI

TEMPAT KETIGA :
 SAEHU

TEMPAT KE EMPAT 
SYOK


Walaupun keputusan sudah pun kita ketahui namun pemenang sebenarnya adalah mereka semua...
Ini kerana mereka telah bekerja keras untuk menghiburkan kita semua....
Walau pun orang lama namun sebenarnya mereka tetap berbisa kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.....

SYABAS MAHARAJA LAWAK MEGA!!!!!!!


Friday

Final Maharaja Lawak Mega


Tepat jam 10.00pm malam ini siaran lansung pertandingan Maharaja Lawak Mega Tepat akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam...

 Siapakah menjadi juara akan ditentukan pada malam ini.
sama-sama kita nantikan....
Yang pastinya peserta pilihan cercitor yang bakal jadi juara adalah:
OSBON

Sama-sama kita nantikan Pertandingan yang mendebarkan ini.....

Sunday

Kecurangan Datin muda

LANGKAWI: Seorang Datin muda dicekup berkhalwat dengan pasangannya yang juga ahli perniagaan di sebuah bilik hotel empat bintang di Kuala Teriang, di sini, awal pagi kelmarin.

Wanita berusia 25 tahun itu dicekup pada jam 1.30 pagi oleh sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) hasil maklumat orang awam.

berhubung kegiatan maksiat pasangan itu.

Sumber Padal berkata, anggotanya bergegas ke lokasi sebaik menerima aduan dan memeriksa sebuah bilik di hotel itu yang disyaki disewa pasangan terbabit.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang berbaju tidur membuka pintu dan terkejut melihat kehadiran penguat kuasa sebelum membenarkan mereka masuk untuk membuat pemeriksaan. 

Sumber : Metro

Perompak ‘baik hati’

AJIL: “Melihat keadaan saya yang semput dan dahaga ketika diikat, seorang daripada empat perompak yang memecah masuk rumah kami semalam (kelmarin), ke dapur mengambil air untuk saya. Malah, dia juga mengurut kaki dan dada manakala ikatan tangan dan kaki saya dilonggarkan,” kata Alias Ibrahim, 52, menceritakan mengenai perompak yang baik hati itu.

Alias yang ditemui semalam berkata, melihat dia dalam kesakitan, seorang lagi perompak mengarahkan rakannya meletakkan bantal agar dia selesa walaupun ketika itu mereka sedang merompak rumahnya.

“Dalam kesibukan perompak itu memberi bantuan kepada saya, seorang perompak membuka kain penutup mukanya untuk menggigit parang bagi memudahkannya membantu saya,” katanya sempat melihat muka penjenayah itu.

Pemilik rumah yang juga peniaga buah kelapa sawit, Mohamed Saat, 59, dari Kampung Tok Randok di sini berkata, dia menyedari kejadian itu apabila isterinya Tuan Sharifah Tuan Sulong, 59, meninggikan suara apabila perompak mengacukan sebatang kayu ke dadanya.

“Ketika kejadian jam 2.30 pagi itu, saya terjaga daripada tidur dan terdengar isteri berkata selamatkan keluarga aku. Selepas itu kami seramai 12 orang, diarah berkumpul dalam tiga kumpulan.

“Mereka yang bertopeng dan bersenjatakan batang kayu serta parang, memasuki rumah saya melalui pintu depan dan keluar melalui pintu dapur,” katanya yang turut terkena satu pukulan batang kayu di dahinya ketika rompakan berlaku.

Menurutnya, dia kerugian wang tunai RM206,000 yang digunakan untuk perniagaan membeli buah kelapa sawit, barangan kemas RM150,000, sembilan telefon bimbit dan sebuah komputer riba. Katanya, wang tunai berkenaan baru dikeluarkannya dari bank petang kelmarin untuk urusan perniagaan dan disimpan dalam peti besi yang turut diumpil perompak berkenaan.

Menurut isterinya, ketika kejadian dia sedang tidur di ruang tamu rumah dan apabila terjaga mendapati empat lelaki berada dalam rumah dengan seorang mengacukan sebatang kayu ke dadanya.

“Seorang perompak meragut rantai leher saya dan mengarahkan menanggalkan gelang tangan serta merampas semua barangan kemas dipakai lima ahli keluarga wanita yang berada dalam rumah.

“Kami sekeluarga diikat dengan pelbagai jenis wayar yang dipotong di dalam rumah dan mereka mengumpulkan kami dalam satu bilik. Tiga kanak-kanak berusia lapan bulan, empat dan enam tahun serta ibu saya Long Mamat, 86, yang terlantar sakit tidak diikat,” katanya.

Menurutnya, perompak terbabit berada dalam rumahnya kira-kira 30 minit dan mengarahkan ahli keluarganya tidak bising bagi mengelak jiran menyedari kejadian itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan suspek terbabit.

Sumber : Metro

Ditinggalkan lepas hamil

KUALA LUMPUR: “Setiap tahun pasti ada saja kes wanita mengandung anak luar nikah hasil hubungan gadis Melayu dengan lelaki Afrika dirujuk kepada kami,” kata Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof.

Yahya berkata, kes terbaru diterimanya pada awal bulan ini membabitkan seorang pelajar kolej swasta berusia 20 tahun.

“Apabila dia hamil, kekasihnya enggan bertanggungjawab. Jadi, dia datang ke Kewaja untuk melahirkan bayi di sini dan bersetuju untuk menyerahkan bayi itu kepada keluarga angkat,” katanya.

Menurutnya, maklumat diperolehnya menunjukkan sebahagian besar gadis Melayu yang mempunyai hubungan dengan lelaki Afrika berkenalan menerusi laman sosial, menuntut di institusi sama atau hasil pergaulan bebas bersama rakan.

Yahya berkata, secara purata dia menerima dua kes setahun membabitkan gadis Melayu dengan lelaki Afrika dan semuanya ditinggalkan kekasih selepas mereka hamil. “Apabila mengandung, teman lelaki mereka tidak mahu bertanggungjawab dan menghilangkan diri. Wanita yang menanggung semua beban berseorangan, menjadi mangsa, mengandung anak luar nikah dan dibuang keluarga.

“Di Kewaja mereka diberi perlindungan sehingga melahirkan bayi dan memberi semangat kepada mangsa untuk kembali kepada keluarga serta menjalani kehidupan seperti biasa. Bayi mereka pula kami serahkan kepada keluarga angkat dengan persetujuan ibunya,” katanya.


Menurutnya, kebanyakan bayi yang dilahirkan lebih mengikut genetik bapa, mewarisi rambut kerinting, berbibir tebal dan berkulit gelap menyebabkan tidak ramai pasangan yang mahu mengambil bayi ini sebagai anak angkat.

Sumber : metro








Padah cinta Awang Hitam

KUALA LUMPUR: Awalnya, mereka disogok kemewahan termasuk kereta, wang RM1,000 seminggu dan tinggal di kondominium mewah, namun di penghujungnya mereka dilayan seperti hamba seks, aksi lucah dirakam, diugut, dipukul, dikurung serta hampir terjebak kegiatan jenayah.

Itu pengalaman dua wanita Melayu mahu dikenali sebagai Huda, 28 dan Amy, 27 yang menjalin hubungan dengan lelaki warga Afrika dan kini menempuh hidup penuh kesukaran selepas ditinggalkan.

Huda, pelajar kolej swasta di ibu kota, berkata dia bercinta dan tinggal serumah dengan James, 30, selama tiga tahun selepas mereka berkenalan ketika menuntut di sebuah kolej swasta.

Menurutnya, pada awal perhubungan James sangat mengambil berat dan memberinya pelbagai kemewahan menyebabkan dia lupa segala tanggungjawabnya sebagai pelajar dan umat Islam.


“Sepanjang bercinta, semua perbelanjaan pengajian dan peribadi saya ditanggung James, malah dia turut memberikan wang tambang teksi untuk saya ke kuliah setiap hari.

Sumber : Metro

Hakikatnya......
Mereka pendatang tetap pendatang....
Kerana sikap mereka yang teruk menyebabkan negara mereka teruk....
Negara mereka kucur kacir dan sekarang mereka buat hal dinegara kita...
kenapa orang kita mudah jatuh hati pada kebaikan yang dibuat-buat oleh mereka....
Yang semestinya banyak lagi kes yang kita tidak tahu akan hakikat tentang mereka ini....

Tuesday

Susuk hanyalah sihir mata



KERANA mahu cantik manusia sanggup melakukan apa sahaja. Demi menghilangkan kedutan, memutihkan wajah dan melangsingkan tubuh, pengguna di Malaysia pada tahun 2010 sahaja menghabiskan sebanyak RM3.42 bilion untuk membeli produk kecantikan.

Kerana mahu cantik jugalah sejak dahulu sehinggalah pada zaman moden ini susuk masih lagi kuat berlegar dalam masyarakat Melayu.

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, susuk merujuk kepada jarum emas dan lain-lain logam yang dimasukkan ke dalam badan supaya seseorang itu kelihatan manis atau berseri.

"Jika kita lihat, susuk ini ada beberapa kategori iaitu susuk jenis logam seperti emas, perak dan raksa. Ada juga susuk jenis galian seperti berlian dan jenis organik seperti susu dan air biasa.

"Tapi selalunya susuk yang popular ialah susuk logam seperti susuk emas, perak dan besi. Cara pemakaian kesemua jenis susuk ini sama dengan tujuan selalunya untuk kecantikan," kata Abdul Rahman Hamat, 35, yang merupakan seorang pengamal perubatan Islam.

Ungkap Abdul Rahman lagi, selain kecantikan seseorang itu memakai susuk untuk kekebalan, kekuatan, ilmu penunduk, keberanian malah, ada juga yang memakai susuk di kemaluan untuk kekuatan nafsu syahwat.

Walaupun ada antara kita tahu bahawa susuk dilarang dalam Islam namun, masih ada yang khilaf mengenainya kerana terlalu mengikut nafsu duniawi untuk cantik. Lebih menyedihkan ada yang percaya susuk boleh dipakai selepas bertemu dengan bomoh yang menggunakan potongan ayat al-Quran sedangkan hakikatnya ia hanyalah untuk menutup ilmu hitam mereka.

"Benda-benda sebegini syirik semuanya walaupun menggunakan ayat al-Quran. Kaedah memasukkan susuk ayat ini dilakukan dengan membacakan beberapa potong ayat al-Quran beberapa ribu kali pada air kemudian dibasuhkan pada muka, ia seolah-olah memasukkan susuk tersebut ke dalam wajah," katanya.

Tambahnya, antara ayat-ayat yang biasa digunakan untuk susuk ayat ialah Surah Yusuf, ayat 4 yang dibacakan sebanyak 4,444 kali untuk kecantikan, manakala untuk tujuan kuat atau kebal pula dibacakan Surah Al-Hadid sebanyak 1,000 kali.

"Semua ini amalan syaitan walaupun dengan menggunakan ayat al-Quran. Susuk diharamkan kerana dua perkara iaitu ada unsur penipuan yang dipanggil gharar dan ada unsur mengubah ciptaan Tuhan walaupun dengan mata kasar kita tidak dapat lihat fizikalnya berubah.

"Orang yang banyak membaca al-Quran, mukanya akan nampak berseri disebabkan amalan tersebut dan ia berbeza dengan susuk ayat kerana susuk ayat mempunyai bacaan ayat-ayat khusus untuk mencantikkan diri dan ini dilarang Islam disebabkan ada pendustaan serta gharar," katanya.

Berunsur pemujaan

Ditanya sama ada susuk yang dimasukkan itu sekadar material sahaja atau mempunyai 'penjaganya', Abdul Rahman memberitahu bahawa pemakaian susuk itu adalah sesuatu yang berbentuk pemujaan.

"Ia akan menyeru jin-jin yang akan berdamping dengan si pemakai. Jin inilah yang akan mengubah wajah secara spiritual bentuk wajah.

"Orang bukan tengok wajah si pemakai tetapi, melihat jin yang berada di sekitar kawasan muka si pemakai kerana jin mampu mengubah bentuk seseorang," jelasnya sambil memberitahu susuk merupakan sihir mata dan biasanya si pemakainya tergolong dalam orang yang melakukan maksiat.

Menurutnya, susuk merupakan amalan sihir yang dipelopor pada zaman Firaun atau lebih tepat ia mula tercipta pada zaman kerajaan Firaun lagi.

"Apabila turunnya ayat sihir di Babylon, orang Yahudi mengambil ayat-ayat sihir itu untuk dijadikan amalan. Maka, amalan-amalan sihir ini dipelajari oleh orang Firaun apabila orang Israel pergi ke Mesir.

"Ia berlaku sejak zaman Nabi Sulaiman lagi. Jenis susuknya sama, cuma amalan susuk ini disesuaikan di setiap generasi. Contohnya, pengamalan dan bahan yang digunakan sama tetapi, disesuaikan dengan keadaan semasa serta tujuannya.

Walaupun susuk dipakai untuk pelbagai tujuan namun, ia paling kerap disinonimkan dengan kecantikan atau sebagai pemikat.

Betis memukau
Lina (bukan nama sebenar), 42, mula memakai susuk emas dan berlian ketika usianya 14 tahun.
"Ibu mengesyorkan saya memakai susuk sedangkan saya tidak tahu kegunaan dan untuk tujuan apa. Susuk emas diletakkan di betis, manakala susuk berlian di kening," katanya yang nekad membuang susuk kerana seringkali mengalami mimpi ngeri dan tidak boleh tidur malam.

Menceritakan betapa hebatnya penangan susuk tersebut, mana-mana lelaki yang melihat betis Lina akan mengikutnya hingga ke rumah.

"Kini, saya sudah insaf dan menasihatkan agar orang di luar sana terutamanya wanita supaya tidak terjebak dalam pemakaian susuk kerana kesannya akan tiba apabila meningkat usia selain berdosa," ujarnya.

Kemaluan bernanah
Seorang lagi pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafie memberitahu, susuk dipakai oleh lelaki dan wanita tetapi selalunya menjadi amalan kaum wanita.

"Ada seorang wanita mengaku memakai susuk untuk tujuan kecantikan. Dia memakainya di kening dan pipi menyebabkan ramai lelaki tergila-gilakannya walaupun rupanya tidak secantik mana pun.

"Apabila sudah meningkat usia dan menopaus, sendi-sendinya mula bengkak dan dia sukar untuk tidur malam akibat gangguan," katanya.

Ceritanya, ada seorang wanita berusia dalam lingkungan usia 60-an mengalami kesukaran untuk tidur selama empat tahun, sakit sendi hingga keluar ulat.

Apabila ditanya, wanita tersebut mengaku bahawa dia memakai 10 susuk di seluruh bahagian badannya antaranya di kemaluan, buah dada, lengan, betis dan bibir.

"Cerita wanita tersebut kepada saya, walaupun pada usia 50 tahun ramai yang tergila-gilakannya. Apabila putus haid pada usia 55 tahun, badannya mula rasa sakit-sakit dan mengalami pelbagai masalah selain kemaluannya bernanah.

"Sebaik sahaja susuk dikeluarkan mukanya mula berkedut," ujarnya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai pantang larang pemakai susuk, Shamsuri mengakui memang terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu diikuti oleh si pemakai.

"Kebiasaannya, mereka yang memakai susuk ini tidak boleh lalu di bawah ampaian besi bukannya ampaian tali. Selain itu, mereka juga tidak boleh memakan pisang emas, sate dan makanan bercucuk yang lain.

"Air zam-zam juga tidak boleh diminum oleh mereka. Jika pantang larang dilanggar muka mereka akan bernanah. Ada seorang wanita yang terlupa akan pantang larang tersebut menyebabkan kemaluannya bernanah selama dua tahun selain darah haid tidak putus-putus keluar selama empat tahun," katanya.

Setiap perbuatan pasti ada akibatnya dan penggunaan susuk tidak terkecuali. Mereka yang memakai susuk berhadapan dengan saat azab sewaktu berdepan dengan sakaratulmaut malah, fizikalnya akan sakit jika melanggar pantang larang yang perlu dipatuhi.

Sumber : KOSMO

Penjual surat khabar disamun

SEREMBAN – Seorang penjual surat khabar mengalami kerugian lebih RM200 apabila disamun seorang lelaki tidak dikenali di Singapore Street, di sini, kelmarin.

Thien Yuen Yin, 63, yang sibuk berkemas untuk pulang terkejut didatangi seorang lelaki, yang disangkanya mahu membeli surat khabar.

Menurutnya, sebaik sahaja lelaki terbabit menghampirinya, suspek terus menolak basikalnya dan melarikan sebuah beg plastik berisi wang tunai serta beberapa barang berharga.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang. Secara tiba-tiba seorang lelaki dalam lingkungan 30-an menghampiri basikal saya dan menolak saya.

"Dia ambil beg plastik saya dan segera melarikan diri," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sumber : sinar

Mati tergantung pada kipas siling

GEORGETOWN - Seorang kontraktor baru menikahi isteri kedua September lalu, ditemui mati tergantung pada kipas siling di rumahnya di Jalan Delima, di sini, kelmarin.

Mangsa Idrees Khan S Ibramshah, 45, dari Jalan Madrasah Jelutong, di sini, ditemui tergantung dengan leher terjerut tali nilon di kipas siling di sebuah bilik di tingkat atas, rumah itu oleh ahli keluarganya kira-kira jam 10 malam.

Mereka kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada polis.

Difahamkan, mangsa yang menceburi perniagaan besi buruk dan menjadikan tingkat bawah rumahnya sebagai pejabat dan stor untuk menyimpan barangan serta dokumen pejabat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan menerima laporan dan berkata, sepasukan polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi melakukan siasatan.

“Berdasarkan siasatan awal, kejadian tidak membabitkan unsur jenayah dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Bagaimanapun, pihak polis akan menyiasat perkara berkenaan daripada pelbagai aspek termasuk masalah keluarga atau kemelut kewangan yang berkemungkinan dialami oleh mangsa. Setakat ini tidak dapat memastikan punca kematian mangsa lagi dan siasatan lanjut akan diteruskan,” katanya di sini, semalam.

Sumber: Sinar

Satu Kisah Pelacur Tua

 ‘Berilah saya peluang’

JOHOR BAHRU: “Demi meneruskan hidup, walaupun sudah berusia 50 tahun saya terpaksa menjaja tubuh sejak sembilan bulan lalu bagi mendapatkan antara RM5 dan RM10 sehari,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Kak Bi yang mendakwa terpaksa melacurkan diri untuk mencari rezeki selepas hilang tempat bergantung apabila suaminya yang berusia 35 tahun meninggal dunia pada Mac lalu.

Menurut Kak Bi, berikutan faktor usia kehadirannya di lorong gelap itu dianggap janggal di kalangan pelanggan menyebabkan dia terpaksa menunggu antara empat hingga lima jam setiap hari bagi mendapatkan seorang pelanggan.

“Memandangkan sebahagian besar wanita di sini masih muda kerana berusia kurang 40 tahun, ada lelaki berasa pelik dengan saya yang pada awalnya dianggap sebagai ibu ayam.
“Namun, saya terpaksa mengikis rasa malu, malah sentiasa memujuk lelaki berusia antara 20-an hingga 50-an untuk melanggan.

“Adakalanya saya terdesak dan terpaksa menceritakan kisah hidup sebelum mereka setuju melanggan dengan bayaran antara RM5 dan RM10. Ada yang simpati memberikan wang tambahan antara RM20 dan RM30,” katanya ketika ditemui di Jalan Wong Ah Fook di sini, semalam.

Kak Bi yang berasal dari Gelang Patah berkata, dia tidak pernah mendapat kasih sayang keluarga yang sempurna kerana dibesarkan keluarga angkat.

Menurutnya, pada usia 20-an, dia yang bekerja sebagai operator kilang terpengaruh dengan pujukan teman lelaki hingga terjebak dengan penagihan dadah, malah mendakwa pernah meringkuk dalam penjara dua kali dengan kali terakhir ketika berusia 32 tahun kerana memiliki dadah.

“Selepas keluar penjara pada usia 35 tahun, saya cuba berubah termasuk mencari pekerjaan, namun sia-sia kerana permohonan ditolak dengan alasan saya bekas banduan.

“Saya kembali menagih dadah dan akhirnya disahkan menghidap HIV positif ketika berusia 40 tahun. Ia berlaku kerana saya berkongsi jarum suntikan dengan penagih lain,” katanya.

Bagaimanapun, Kak Bi berkata, dia bersyukur kerana ketika berusia pertengahan 40-an, dia menerima bimbingan dan perlindungan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ketika itulah berkenalan dengan arwah suami yang juga seorang sukarelawan.

“Arwah suami juga penghidap HIV positif, hubungan kami bertambah rapat dan mengambil keputusan berkahwin pada Oktober 2010.

“Saya dan suami kemudian berpindah ke rumah ibunya di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang. Namun kebahagiaan kami hanya berkekalan lima bulan kerana suami meninggal dunia Mac lalu,” katanya.

Menurut Kak Bi, usahanya untuk kembali mendapatkan perlindungan dengan NGO terbabit gagal apabila permohonannya ditolak kerana tiada kekosongan di rumah perlindungan.

Katanya, dia merahsiakan penyakitnya bagi mendapatkan pekerjaan di beberapa restoran tetapi pengurusan restoran, enggan menerimanya dengan alasan mereka memberi keutamaan kepada pekerja Indonesia.

“Sejak sembilan bulan lalu, saya menyimpan impian untuk keluar daripada kehidupan ini kerana ia cukup menyeksakan. Setiap hari, saya berdoa kepada Allah supaya menunjukkan jalan yang benar dan memberi saya peluang,” katanya.

Sumber : Metro

Penyamun makan kucing mangsa

KUCHING: Sekumpulan penjenayah bukan saja melarikan motosikal dan beberapa barang berharga milik seorang warga Indonesia, malah memanggang dan makan kucing peliharaan mangsa dalam kejadian pecah rumah di Muara Tebas di sini, awal pagi semalam.

Kejadian jam 4 pagi, ketika lelaki berusia 43 tahun itu tidur sebelum dikejutkan dengan kehadiran empat lelaki bertopeng yang memecah masuk rumah itu.

Menurut sumber, mangsa yang bekerja sebagai penjaga kolam udang itu diikat suspek sebelum menggeledah seluruh rumahnya bagi mencari barangan berharga.
“Mangsa dikatakan tinggal berseorangan di rumah berkenaan, manakala majikannya tiada di rumah dipercayai mempunyai urusan di luar kawasan.

“Suspek yang dikatakan tidak berpuas hati dengan hasil kegiatan jenayahnya ke atas mangsa, tidak beredar dari rumah berkenaan kerana menunggu majikan mangsa kembali dengan harapan memperoleh barang lebih berharga,” katanya.

Sumber itu berkata, sementara menunggu majikan mangsa pulang ke rumah, suspek menyembelih kucing peliharaan mangsa sebelum memanggang binatang itu di luar rumah.

“Selepas ‘berseronok’ menikmati kucing panggang, semua suspek dikatakan sempat melelapkan mata kerana kekenyangan dan kesempatan itu digunakan mangsa memboloskan diri dengan meleraikan ikatan.

“Mangsa keluar dari rumah dan meminta tolong daripada penduduk berhampiran,” katanya.

Katanya, seorang penduduk membantu mangsa menghubungi polis, namun suspek melarikan diri bersama motosikal mangsa ketika polis tiba.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kok Keong berkata, polis menerima laporan daripada mangsa dan menjejaki empat lelaki berkenaan.

Katanya, orang ramai yang terserempak dengan individu mencurigakan di sekitar kawasan berkenaan sebelum kejadian diminta menghubungi polis bagi siasatan.

Sumber : Metro

Angkara drebar 13 tahun



SEREMBAN: Suasana di Taman Rasa Sayang, Senawang, di sini, gempar apabila seorang remaja lelaki berusia 13 tahun bertindak nekad memandu sebuah bas pekerja sejauh kira-kira satu kilometer sambil merempuh beberapa kereta milik penduduk yang berada di sekitar kawasan taman perumahan itu, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, remaja berkenaan dipercayai terbabit dalam pergaduhan dan dalam usahanya melarikan diri, dia bersembunyi di dalam bas terbabit. Suspek kemudian dikatakan ternampak kunci berada di dalam kenderaan lalu menghidupkan enjin dan memandu bas berkenaan hingga menyebabkan berlaku perlanggaran teruk dengan beberapa kenderaan penduduk.

Selepas puas mengejar, penduduk setempat menemui bas itu di sebuah kawasan berdekatan Balai Polis Senawang termasuk suspek yang kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Saksi kejadian, Zulkifli Muhamad, 44, mendakwa dia yang berada di dalam masjid di kawasan itu terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat berulang kali seolah-olah berlaku perlanggaran.

“Sebaik keluar dari masjid, saya dapati suasana amat kecoh apabila ramai penduduk mengejar bas berkenaan yang tidak dikenal pasti pemandunya kerana gelap.

“Bas itu kemudian dijumpai di sebuah kawasan lapang dan penduduk yang menjalankan pemeriksaan menemui seorang remaja lelaki sedang bersembunyi di dalam bas terbabit,” katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, bagi mengelak perkara buruk berlaku, remaja itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, kejadian itu kali pertama berlaku di kawasan berkenaan dan tidak membabitkan kecederaan serius atau kehilangan nyawa.

Tinjauan mendapati lokasi berkenaan turut berada berdekatan beberapa taman perumahan berasingan dan penduduk mendakwa ada antara kenderaan yang dilanggar mengalami kerosakan teruk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komosioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana mencuri.

 Sumber : Metro


Angkara Mat Rempit

KUALA TERENGGANU: “Polis kata dia langgar anak saya seperti anak ayam kerana langsung tiada kesan brek di atas jalan,” kata Nik Ainy Mohd, ibu kepada Iman Adam Raman, 8, yang terlantar sejak tujuh bulan lalu selepas tubuhnya lumpuh akibat menjadi mangsa langgar lari.

Kejadian dirempuh motosikal laju pada jam 8 pagi, 2 Mei lalu itu menyebabkan Iman kini hanya boleh membuka mata dan menggerakkan sedikit kepala manakala anggota tubuhnya yang lain tidak mampu digerakkan.

Nik Ainy, 51, berkata sejak kejadian itu hanya mata Iman terbuka, tetapi menurut doktor pakar merawatnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, kanak-kanak itu sebenarnya tidak boleh melihat kerana otaknya tidak berfungsi berikutan dia koma tahap dua.

“Kecuali kepalanya yang boleh digerakkan sedikit, Iman tidak dapat menggerakkan anggota tubuhnya yang lain dan terpaksa bergantung kepada minuman susu diberikan menggunakan tiub sebagai sumber makanan.

“Suaranya juga tidak kedengaran kerana dia tidak lagi boleh bercakap,” kata Nik Ainy yang ditemui di rumahnya di Kampung Kebor Besar, Manir, di sini, semalam.

Menurutnya, Iman hanya memberikan rangsangan menggerakkan kepala apabila disentuh dan dia sekeluarga diberitahu doktor keadaan anaknya itu mungkin kekal sampai bila-bila.

Menceritakan detik malang menimpa anaknya itu, Nik Ainy berkata Iman dirempuh seorang lelaki yang menunggang motosikal dipercayai model Yamaha LC135 ketika mengikut bapanya membeli peralatan sekolah di sebuah kedai alat tulis berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manir, Kampung Kubang Jela, di sini.

Menurutnya, akibat rempuhan itu Iman terpelanting dan parah di kepala selain patah tulang betis manakala penunggang terbabit terus memecut motosikalnya meninggalkan tempat kejadian.

“Iman khatam al-Quran ketika berusia tujuh tahun bercita-cita menjadi pensyarah selain aktif sukan badminton dan silat, tetapi tindakan penunggang itu memusnahkan masa depannya,” katanya.

Menurutnya, ketika dirawat di HSNZ, doktor menjangka anaknya itu hanya boleh hidup tiga hari selepas kemalangan berikutan kecederaan serius menyebabkan otaknya tidak berfungsi dengan sempurna dan dua cip dimasukkan dalam kepalanya bagi mengawal darah beku.

Sumber : Metro

Seks Depan Madu

Hobi pelik bekas madu

ADU...Elina (kiri) menceritakan derita yang dilaluinya dengan wartawan Harian Metro.
KUALA LUMPUR: Dia cuma mahu mendapatkan nafkah untuk menampung kehidupan dua anak yang masih kecil, namun permintaan itu dikenakan syarat gila oleh bekas suami yang rakus memintanya terlebih dulu menyerahkan tubuh sebagai balasan.

Sedar dirinya terperangkap dosa zina, Elina, 39, pernah cuba menolak permintaan bekas suami, tapi akhirnya mengalah apabila lelaki durjana itu bertindak kasar dengan memecahkan pintu rumah dan mengugut mahu menyimbah asid ke wajahnya.

Tanpa sedikit rasa malu dan bersalah, bekas suami juga memaksa Elina menghalau dua anak lelaki mereka berusia satu dan empat tahun keluar rumah buat sementara waktu bagi membolehkan mereka melakukan hubungan seks sebelum wanita malang itu diberi ‘nafkah’ sekadar RM50.

Elina berkata, itulah penderitaan yang dilaluinya selama setahun lalu setiap kali ingin meminta wang saraan dua anak hasil perkahwinan dengan bekas suaminya sejak mereka bercerai penghujung 2010.

“Derita saya bukan sekadar hari ini, tapi bermula sejak dipaksa bekas suami menjadi isteri kedua secara senyap-senyap dengan alasan saya sudah banyak menghabiskan duitnya,” katanya.

menimbas cerita dukanya, Elina yang mempunyai lima anak termasuk berusia antara 10 hingga 15 tahun  tahun hasil perkahwinan terdahulu berkata, sepanjang 10 tahun bergelar isteri kedua kepada bekas suaminya, hidupnya sentiasa diselubungi kedukaan.

Menurutnya, dia bukan saja tidak menerima keadilan dalam hidup berpoligami tapi turut diikat dengan pelbagai ilmu songsang oleh bekas suaminya dan madunya.

Menurut Elina, Setiap kali sampai gilirannya bersama suami, isteri pertama pasti menyuarakan hasrat melihat aksi mereka bersama. Kalau pintu bilik tidak dibuka, dia akan menjerit seperti orang hesteria sambil mengugut membunuh diri, katanya..

Berikutan tidak tahan dengan perangai jijik madunya, Elina merayu kepada suami untuk berpindah ke rumah baru dan jauh dari pengetahuan isteri tua.

Namun bahagia yang saya idam tidak pernah wujud. Sepanjang tempoh perkahwinan, saya dan suami langsung tidak boleh bertentang mata.Jika tidak, tubuh ini pasti menjadi tempat dia melepaskan nafsu marahnya setiap hari.



Sumber : Metro

 

Monday

Gempar!! Video Awang Hitam Kena Belasah Di Kg Medan

Awang Hitam dibelasah Teruk (jenayah semakin menjadi jadi) peristiwa kg medan!!! 
kejadian berlaku pada 16/12/2011 di kg medan ..sewaktu kejadian hanya 3 org awang hitam berjaya ditangkap oleh orang ramai dan seorang lg terlepas ...saksi kejadian mengatakan mereka melakukan jenayah samun bersenjata..apa2 pun video ini sebagai pengajaran buat penjenayah-penjenayah supaya insaf,terutama warga asing.cubalah menghormati negara org.dah tau menumpang tp buat mcm negara sendiri..anak bangsa kita senang ditipu mereka..last2 kita yg rugi......

Sumber : You Tube 

Personaliti Paling Kontroversi 2011

Senarai Artis   2011 Paling Kontroversi berdasarkan GUA.COM :

1) Azwan Ali

Kalau bercerita pasal personaliti seorang ini, memang kita tidak boleh nafikan dia seorang yang suka mencari publisiti dengan mencipta kontroversi. Walaupun jarang muncul di televisyen, tetapi Azwan tidak pernah sunyi dengan pelbagai cerita. Tahun ini perang Twitter antara Azwan  dan Didie Alias paling menyengat . Semuanya bermula apabila Azwan Ali melalui Twitternya mengatakan dua orang hos untuk satu rancangan game show (dipercayai merujuk kepada Didie Alias dan Enot) macam chimpanzi.  Berang dengan tindakan Azwan itu, Didie Alias telah membalas kesemua tweet yang dibuat oleh Azwan. Berlaku satu insiden di mana Azwan telah melarikan diri daripada Didie Alias apabila mereka terserempak dalam satu acara hiburan. Menurut mereka yang berada di tempat kejadian, Azwan tidak berani bersemuka dengan Didie. Persoalannya, kenapa harus takut kalau tidak ada buat salah?


2) Gambit 

Kontroversi yang dikaitkan dengan pelakon ini tidak ada kena-mengena dengan kerjaya lakonannya, sebaliknya tugasnya sebagainya pengarah klip video lagu ‘Marilah’ yang dinyanyikan oleh Prema Yin. Klip video itu dikutuk habis-habisan kerana menampilkan adegan-adegan kurang sopan yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Tambah mengeruhkan keadaan, Gambit tidak boleh menerima kritikan tersebut. Dia sebaliknya tampil dengan kenyataan angkuh yang meminta supaya orang lain tidak masuk campur dalam urusan produksi itu. Malah, Gambit juga memaki-hamun segelintir blogger yang mencemuh dirinya.  Kontroversi ini berakhir setelah Gambit memohon maaf.

3) Neelofa

Tidak keterlaluan kalau GUA katakan tahun 2011 ini adalah tahun membawa tuah kepada Neelofa. Saban hari, ada sahaja cerita tentang gadis ini. Dalam masa yang sama, satu demi satu kontroversi hinggap di bahu pendatang baru ini. Timbul desas-desus mengatakan Lofa dibenci oleh segelintir artis wanita yang sudah lama berada dalam industri. Fazura adalah salah seorang daripadanya. Mengikut cerita orang produksi, Fazura telah bergaduh dengan Lofa di set penggambaran ‘Tahajjud Cinta’ kerana mendakwa Lofa cuba merampas kekasih hatinya yang merupakan seorang kerabat diraja.  Selain itu, Lofa juga dikatakan sebagai punca perpisahan antara Shahz Jaszle dengan Maria Farida.

4) Jimmy Shanley

Personaliti Astro ini menjadi perhatian ramai apabila masalah rumahtangganya berantakan. Pelbagai cerita timbul apabila isterinya Suhaila menuntut cerai di usia perkahwinan mereka baru menginjak ke beberapa bulan. Setelah kes dibawa ke mahkamah, barulah umum mengetahui bahawa Jimmy dan Suhaila sudah tidak tinggal sebumbung selepas 20 hari bernikah.  Kemelut rumahtangga Jimmy bagaikan tidak berpenghujung apabila Suhaila tetap bertegas mahu berpisah walaupun Jimmy dilihat mahu beralah dengan memaafkan semua kesalahan isterinya itu. Buktinya, Jimmy pernah memberitahu yang dia akan menarik balik kes nusyuz terhadap isterinya itu. Sehingga kini, tuntutan cerai Suhaila terhadap Jimmy masih belum selesai.

5) Khairul Fahmi Che Mat

Penjaga gol skuad Harimau Muda ini selain dipuja kerana kehebatannya beraksi di padang, dia juga tidak ketinggalan dengan cerita-cerita yang kurang menyenangkan. Namun, di antara banyak-banyak cerita itu, berita putus tunangnya menjadi bualan hangat. Ekoran perpisahan dengan Elia itu, ramai peminat menuduh Khairul Fahmi atau Apek kaki perempuan atau ‘playboy’. Oleh kerana kurang senang dengan pelbagai spekulasi yang timbul, Apek akhirnya tampil membuat penjelasan kerana mahu menjaga maruah diri dan keluarga.  Jelas Apek, semua yang berlaku bukan kerana orang ketiga tetapi kerana masalah yang sudah lama berpanjangan.
Walaupun penjelasan Apek itu sedikit sebanyak mampu meredakan cakap-cakap orang di sekeliling, namun Apek terus-terusan menjadi bahan berita apabila dia akhirnya mengaku menjalin hubungan cinta dengan Dahlia, perempuan yang dikatakan menjadi orang ketiga di antara dia dan Elia.


Wajah-Wajah Selebriti Paling Kontroversi Versi Gua.Com


 Sumber : Gua.Com

10 anggota penguat kuasa ditahan

DR. Zainuddin Ibrahim (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta yang menghadiri Persidangan Meja Bulat Pencegahan Rasuah Dalam Pengurusan dan Pentadbiran Tanah Negeri Kelantan 2011 di Kota Bharu, semalam. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
KOTA BHARU  - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 10 anggota penguat kuasa daripada pelbagai agensi kerana disyaki menerima rasuah dalam operasi di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Rantau Panjang, pada 5 dan 6 Disember lalu.

Operasi selama dua hari itu dijalankan oleh SPRM Putrajaya dengan dibantu pegawai-pegawai SPRM Kelantan.

Sumber SPRM Kelantan memberitahu, kesemua anggota penguat kuasa tersebut ditahan atas kesalahan mengambil rasuah secara harian dan bulanan daripada peniaga Thailand.

Katanya, suapan tersebut bagi mengelakkan barangan yang dibawa masuk oleh peniaga terbabit ke negeri ini dikenakan cukai.

"Mereka yang ditahan dalam operasi itu berusia 28 hingga 53 tahun dan membabitkan pelbagai pangkat. Mereka telah ditahan untuk soal siasat sebelum dilepaskan," kata sumber berkenaan ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Negeri, Nor Rasmi Shari ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Persidangan Meja Bulat Pencegahan Rasuah Dalam Pengurusan dan Pentadbiran Tanah Negeri Kelantan 2011 di pejabatnya hari ini, mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim dalam ucapan perasmian majlis itu berkata, sebanyak 210 laporan berhubung rasuah termasuk melibatkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri dilaporkan sehingga kini.

"Saya harap semua pihak dapat bekerjasama dan melaporkan kepada pihak berkuasa gejala rasuah ini berlaku. Kita khuatir jika tidak dibendung dan ditangani segera masalah ini akan diwarisi oleh golongan muda yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang," ujarnya

Sumber : Utusan

Isteri diBelasah di kolam renang

KUCHING: Seorang wanita yang juga ibu kepada dua anak bukan saja melalui saat memalukan, tetapi turut menanggung kesakitan apabila dibelasah suaminya di khalayak ramai di sebuah kolam renang awam di Taman BDC, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 6 petang ketika mangsa berusia 24 tahun itu berenang bersama seorang sepupu perempuannya sebelum suaminya yang juga seorang anggota tentera muncul.

Menurut sepupu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mary, suami wanita berkenaan yang berusia sebaya dengannya terus menghampiri mereka sebelum menggenggam rambut serta menarik isterinya keluar dari kolam renang.

“Sebaik keluar dari kolam renang, sepupu saya dibelasah dan ditumbuk di bahagian perut oleh suaminya. “Walaupun terdapat beberapa pengunjung di tempat berkenaan, lelaki terbabit tidak menghiraukannya dan terus membelasah tanpa belas kasihan.

“Selepas puas, dia beredar dari tempat kejadian turut mengambil dua telefon bimbit milik isterinya,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera di pipi kanan, kepala dan beberapa anggota badan kemudian membuat laporan polis kerana mendakwa kejadian seumpama itu bukan yang pertama sejak mendirikan rumah tangga dua tahun lalu.

“Sepupu saya sering dijadikan tempat suaminya melepaskan kemarahan, dia pernah dipukul tanpa belas kasihan ketika sedang sarat mengandung anak kedua awal tahun ini,” katanya.

Difahamkan, pasangan itu mempunyai masalah rumah tangga dan tidak lagi tinggal sebumbung berikutan wanita berkenaan tidak sanggup lagi menjadi mangsa belasahan suaminya yang naik angin tanpa sebab.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menambah sedang menjalankan siasatan.

Sumber: Metro

Dagang jiran Jadi Pelacur

KUCHING: Masa depan seorang remaja perempuan punah angkara seorang wanita yang juga bekas rakan sekampungnya apabila dia bukan saja diperdaya, malah turut disuntik dadah dipercayai syabu sebelum dipaksa memuaskan nafsu lima lelaki di dua hotel berasingan di bandar raya ini sejak Rabu lalu.

Episod hitam gadis berusia 16 tahun dari Batu Kawa itu bermula Rabu lalu apabila dia ditawar wanita berusia 29 tahun itu bekerja sebagai penjual buah bagi mendapatkan pendapatan sampingan sempena cuti sekolah.

Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu tanpa sebarang syak wasangka terus bersetuju mengikut wanita berkenaan, namun sebaik tiba di sebuah hotel di bandar raya ini, dia disuntik dengan dadah. Menurut sumber, mangsa disuntik sebanyak tiga kali sepanjang berada di dua hotel berasingan sebelum dilacurkan.

Bagaimanapun, katanya, mangsa berjaya melarikan diri ketika suspek membawanya membeli barang di sebuah pasar raya di Bandar Baru Batu Kawa, jam 11 pagi, Jumaat lalu.

“Mangsa mengambil kesempatan ketika suspek sibuk membeli barang melarikan diri dan pulang ke rumahnya. Pada masa sama, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum mereka membuat laporan polis pada hari sama.

“Pada petang keesokan hari, mangsa ditemani ibunya sekali lagi membuat laporan polis selepas didatangi suspek yang mengugut mengasarinya jika enggan mengikut arahan,” katanya.

Sumber itu berkata, susulan laporan itu, polis melancarkan gerakan sebelum menahan suspek di rumahnya di Stutong kelmarin untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, siasatan awal mendapati suspek menyuntik mangsa dengan sejenis dadah sebelum dipaksa melayan lelaki. Katanya, mangsa turut mendedahkan bahawa dia seterusnya diarahkan berpindah ke sebuah lagi hotel sebelum disuntik dengan dadah jenis sama menyebabkan dia berada dalam keadaan separuh sedar .

“Susulan kejadian itu, suspek direman empat hari bermula hari ini (semalam) bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang membawa kepada hukuman maksimum 20 tahun penjara dan denda jika sabit kesalahan,” katanya

Sumber : Metro

Pelajar mati tergantung

KUALA SELANGOR: Tanda tanya seorang pelajar tercium bau busuk yang disangkakan tandas asrama rosak akhirnya membongkar kepada penemuan mayat lelaki tergantung di kipas siling dipercayai bunuh diri di Universiti Industri Selangor (Unisel) Bestari Jaya, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.20 malam di asrama lelaki universiti itu, pelajar lelaki berusia 19 tahun, V Rammath Naidu, ditemui tergantung di kipas siling menggunakan selimut dengan hanya memakai tuala mandi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri A Wahab berkata, sebelum itu seorang pelajar yang baru melapor diri dan tinggal di bilik bersebelahan mayat berkenaan ditemui, curiga dengan bau busuk.

“Pelajar itu baru saja melapor diri pada Jumaat lalu. Pada mulanya dia tidak menghiraukan bau busuk kerana menyangka tandas asrama rosak.

“Bagaimanapun, kelmarin dia yang sudah tak tahan lagi dengan bau itu meminta bantuan rakan lain untuk menolak pintu bilik sebelahnya yang tertutup sebelum terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki yang sudah berbau dalam keadaan tergantung di kipas siling.

“Ketika ditemui mayat berkenaan tergantung menggunakan selimut dan hanya memakai tuala. Pelajar yang menemui mayat itu kemudian melaporkan kejadian kepada universiti itu sebelum kes dilapor kepada polis,” katanya.


Mohd Asri berkata, motif kejadian masih disiasat tetapi polis tidak menolak kemungkinan kejadian berkaitan putus cinta.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pelajar yang ditemui tergantung itu dipercayai sudah mati sejak empat hari lalu kerana baru saja melapor diri pada Rabu lalu. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya yang bergegas dari Sungai Petani, Kedah pagi tadi (semalam) sejurus menerima berita itu.

“Setakat ini polis mendapati tiada unsur jenayah dan mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkannya di mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di talian 03-32891222 untuk membantu siasatan.

Sumber : Metro

Dua beradik derita sering dicabul abang

KULIM: Dua beradik perempuan termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) yang tidak tahan menanggung derita apabila kerap dicabul abangnya bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum suspek ditahan, Jumaat lalu.

Sumber berkata, dua gadis berusia 17 dan 20 tahun berkenaan membuat laporan di Balai Polis Kulim selepas tidak tahan dengan perbuatan terkutuk abang mereka yang berusia 21 tahun yang didakwa sering mencabul mereka ketika berada di rumah.

Menurutnya, abang mangsa didakwa sering mengambil kesempatan terhadap adik-adiknya itu, tetapi perkara berkenaan hanya didiamkan sahaja kerana mereka bergantung harapan kepada lelaki terbabit termasuk menanggung keperluan hidup seperti makan dan tempat tinggal.

“Bagaimanapun, akibat sudah tidak tertahan dengan kekerapan perbuatan sumbang abang mereka, kedua-dua mangsa nekad membuat laporan polis kejadian itu sebelum suspek berjaya ditahan bagi membantu siasatan selanjutnya.

“Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Sumber : Metro

Padah tersalah orang

KUALA TERENGGANU: Akibat silap percaturan, seorang buruh berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda selepas mengaku bersalah menjual kasut jenama Rorine berwarna coklat yang dicurinya kepada pemilik asal kasut berkenaan di Stesen Bas Kuala Dungun, Dungun, kelmarin.

Tertuduh, Samsu @ Shamsudin Musa, 41, berasal dari Kampung Seberang Pintasan, Dungun yang berpakaian baju lokap ungu mengaku bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Pendakwaan dijalankan Pendakwa Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Mengikut fakta kes, kira-kira jam 10.15 pagi pada 17 Disember lalu di Stesen Bas Kuala Dungun, seorang pemandu bas pelancong meninggalkan kasut jenama Rorine berwarna coklat miliknya di dalam bas dan memakai selipar untuk ke tandas.

Ketika dalam perjalanan kembali ke bas, pengadu terserempak dengan suspek yang bersahaja menawarkan untuk menjual kasut curi kepadanya.

Bagaimanapun, mangsa dapat mengecam kasut itu adalah miliknya yang ditinggalkan di dalam bas berkenaan. Pengadu kemudian membawa suspek menaiki bas dan mendapati kasutnya lesap.

Selepas disoal siasat, suspek mengaku mencuri kasut itu daripada mangsa dan dia diserahkan kepada polis. Abdul Hayyi menetapkan 16 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula untuk jatuh hukum di Mahkamah Majistret Dungun dan tertuduh kemudian dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Sumber : Metro

Mayat reput dimakan haiwan

GOMBAK: Satu mayat lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan apabila seluruh bahagian badan sudah dimakan haiwan dan reput selain berbau busuk berhampiran loji kumbahan di Fasa 4 Bandar Country Homes, Rawang, di sini semalam.

Difahamkan, mayat lelaki berusia 40-an itu dipercayai dicampak ke dalam loji kumbahan berkenaan berdasarkan keadaan mayat itu dalam keadaan tertiarap.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai yang terkejut sebaik menemui satu tengkorak manusia dan sebahagian badan reput jam 12 tengah hari.

Sebaik menerima maklumat itu, sepasukan polis dan unit forensik dihantar ke tempat penemuan untuk menjalankan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan kita percaya mayat lelaki itu rakyat tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG. Mayat terbabit dipercayai di dalam air lebih kurang lima hari,” katanya.

Sumber : Metro

Seorang peragut dicekup, rakan lolos dalam belukar

BATU PAHAT: Bagaikan aksi dalam filem apabila sebuah kereta jenis Proton Perdana dinaiki dua penjenayah buruan polis, terbabas ketika cuba melarikan diri daripada ditahan di Sungai Lurus, Senggarang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, seorang daripada penjenayah terbabit meloncat keluar daripada Perdana sejurus ia terbabas lantas melarikan diri ke arah belukar berhampiran.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad bagaimanapun berkata, usaha penjenayah berusia 30 tahun itu sia-sia kerana dia ditahan kurang seminit kemudian.

“Kedua-dua suspek lelaki dikehendaki polis itu pada mulanya meragut beg tangan seorang wanita berdiri di sisi keretanya di sebuah hospital swasta di sekitar bandar ini, jam 11 pagi kelmarin.

“Mangsa cedera ringan melaporkan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat,” katanya, semalam.

Menurut beliau, sejurus menerima maklumat, unit MPV IPD memulakan operasi memburu suspek sebelum mengesan Perdana terbabit.

Din berkata, pihaknya turut mendapatkan bantuan anggota Balai Polis Senggarang.

“Penjenayah melarikan diri selepas diarahkan berhenti untuk pemeriksaan, Perdana dipandu gagal dikawal sebelum terbabas.


“Suspek utama ditahan tidak lama kemudian manakala rakan jenayahnya yang berusia 35 tahun dapat meloloskan diri ke belukar berhampiran,” katanya.

Siasatan mendapati, suspek berusia 30 tahun itu memiliki sembilan rekod jenayah dan tersenarai paling dikehendaki polis selain mengaku meragut beg tangan wanita berkenaan.

Sumber : Sinar

Gigil disamun RM5,000

ALOR GAJAH: Seorang kerani sebuah agensi kerajaan melalui detik cemas selepas beg tangannya diragut dua lelaki ketika membayar bil elektrik di bandar ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 petang itu, Norulliza Janal, 24, kerugian hampir RM5,000 apabila dua lelaki tidak dikenali menaiki Proton Waja gelap meragutnya. Norulliza berkata, ketika kejadian dia yang sedang berjalan kaki berhampiran sebuah restoran makanan segera ternampak sebuah kereta Waja bergerak perlahan dan menyangka pemandunya hendak mencari ruang petak kereta.

“Tiba-tiba Proton Waja itu berhenti berhampiran saya sambil penumpang sebelah kiri pemandu menurunkan tingkap cermin dan rentap beg saya sebelum melarikan diri.

“Ketika itu saya terlalu panik serta badan menggigil dan tidak mampu menjerit meminta tolong,” katanya.

Menurutnya, dia tidak dapat mengecam lelaki yang meragutnya kerana kejadian berlaku pantas.

Katanya, beg dilarikan penjenayah itu mengandungi wang tunai RM800 untuk membayar elektrik, kad bank, dua MyKid anak, telefon bimbit Samsung dan kunci keretanya.


“Akibat kejadian itu, saya terpaksa pecahkan cermin kereta sebelum menundanya ke bengkel kereta di Tampin dan menukar satu set kunci dengan kos RM1,400 kerana bimbang kereta pula dicuri,” katanya.

Norulliza kemudian menghubungi suaminya, Hasnol Md Sharif, 35, memaklumkan kejadian yang berlaku membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, dekat sini, sejurus kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shahruddin, mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata siasatan lanjut sedang dilakukan.

Sumber : Metro

Ugut lari gadis

MARANG: Seorang gadis berusia 19 tahun berdepan saat mencemaskan apabila dia diugut untuk dilarikan empat perompak yang memecah masuk rumah keluarganya di Kampung Kelulut, di sini, kelmarin.

Anina Alias berkata, perompak terbabit membuat ugutan itu bagi mendapatkan barangan berharga daripada keluarganya dalam kejadian jam 3 pagi.

Katanya, sebelum itu dia yang tidur dikejutkan seorang daripada empat perompak terbabit yang masuk ke biliknya.

“Bilik saya tidak berkunci menyebabkan dia mudah masuk sebelum mengarahkan saya bangun dan mengikutnya ke bilik ibu. Setiba di situ, saya terkejut melihat semua ahli keluarga berada di dalam bilik itu,” katanya.

Menurutnya, kecuali adik perempuannya berusia 10 tahun, perompak terbabit mengikat kaki dan tangan ibu bapanya, Hawa Bakar, 52, dan Alias Ahmad, 61, serta abang, Mohd Azmeer, 22, dan seorang adik lelakinya berumur 14 tahun.

“Saya mendengar seorang perompak bertubuh gempal mengugut melarikan saya jika tidak mendapat barangan berharga dan mengarahkan ibu menyerahkan semua barangan berharga yang ada dalam rumah.

“Kata-kata perompak itu menyebabkan saya menangis kerana bimbangkan keselamatan diri. Dalam hati, saya berdoa agar tidak diapa-apakan,” katanya.

Bagaimanapun, dia lega apabila perompak berkenaan beredar jam 3.45 pagi selepas memperoleh hasil diinginkan.

Kejadian itu menyebabkan keluarga Nor Anina kerugian RM80,000 apabila wang tunai RM7,000, barangan kemas, komputer riba dan telefon bimbit milik mereka dilarikan perompak terbabit.

Sumber : Metro

Ditembak sebelum sempat lihat kelahiran anak sulung

MANJUNG: Menyayat hati apabila seorang bakal bapa tidak sempat melihat kelahiran anak sulungnya selepas ditembak bertalu-talu lelaki tidak dikenali di depan rumahnya di Taman Hijau, Sitiawan, dekat sini.

Ketika kejadian, mangsa, Teoh Cail Winn, 31, baru pulang dari tempat kerjanya dan tidak sempat masuk ke dalam rumah apabila ditembak seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Mangsa yang terus rebah berlumuran darah, sempat meminta tolong dan dibawa ke hospital oleh jiran sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Motif pembunuhan kejam mangsa dalam kejadian jam 9.45 malam, 27 Oktober lalu yang juga hari kedua Deepavali masih menjadi misteri hingga kini apabila dua lelaki utama disyaki pembunuh upahan profesional kes itu masih bebas.

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan berkata, polis memandang serius kes ini dan mengumpul maklumat hasil siasatan bagi memberkas dua suspek terbabit.

Beliau meminta orang ramai terutama penduduk sekitar kawasan kejadian dan berhampirannya supaya bekerjasama dengan tampil memberikan sebarang maklumat mengenainya.

“Siasatan kes masih berjalan, tetapi berdepan halangan disebabkan tindakan segelintir masyarakat yang tidak memberi kerjasama walaupun ada maklumat mengenainya disebabkan sikap enggan mencampuri urusan orang lain,” katanya.

“Saya memberi jaminan kepada keluarga mangsa polis akan melipatgandakan usaha bagi menyelesaikan kes sekali gus mengheret suspek ke muka pengadilan,” katanya.

Sumber : Metro

Paksa anak saudara layan nafsu rakan

KUALA LUMPUR: Pak cik setan. Itu gelaran yang layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 40-an yang bukan sahaja sanggup memaksa anak saudaranya untuk melayan nafsu buas rakannya malah lelaki itu sanggup mencabul wanita berusia 26 tahun itu dalam kejadian di Flet Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Dalam, kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa baru pulang dari kerja dan ketika itu, bapa saudaranya yang menganggur keseorangan di rumahnya.

Beliau berkata, seperti biasa, mangsa melakukan rutin hariannya iaitu membersihkan rumah dan dengan tiba-tiba lelaki itu membawa sebatang batang besi lalu menerkam mangsa.

“Lelaki itu memaksa mangsa untuk melayan nafsu rakannya untuk melunaskan hutangnya namun mangsa enggan menurut kehendak bapa saudaranya itu.

“Akibat berang dengan tindakan mangsa, dia dibelasah dengan batang besi sehingga dia mengalami kecederaan di kepala, bibir, tangan dan kaki.

“Mangsa turut diugut bunuh jika berani melarikan diri,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa nekad melarikan diri ketika bapa saudaranya itu ke tandas dan membuat laporan polis di Balai Polis Pantai.

Sumber : Metro

Suami SMS ugut bunuh, culik anak

KUALA LUMPUR: Akibat ugutan bunuh dan culik oleh suami yang sudah lama menghilang, seorang kakitangan swasta dan anaknya berusia lima tahun hidup dalam ketakutan dan trauma dalam kejadian di Jalan Seri Sentosa, di sini.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Marie, 36, berkata, dia mengalami masalah rumah tangga dengan suaminya yang berusia 38 tahun kerana tidak mempunyai pekerjaan sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, selepas berlaku perselisihan faham, lelaki berkenaan meninggalkan isteri dan anak perempuan berusia lima tahun itu.

Malangnya, dua hari lalu, lelaki itu menghantar e-mel kepada wanita berkenaan dan mendakwa akan kembali tinggal bersama selepas menghilangkan diri selama ini.

Katanya, bukan itu saja, lelaki itu sudah mengumpul segala maklumat mengenai anaknya itu dan mengugut akan menculik anak tunggalnya jika dia tidak menuruti kemahuannya untuk tinggal bersama.

“Saya bertambah bimbang dengan keselamatan kami berdua selepas keluarga suami turut memberikan peringatan mengenai lelaki itu yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah, selain mencari tempat perlindungan daripada dijejaki along,” katanya kepada Harian Metro, di sini.

Beliau berkata, tidak cukup dengan itu, suaminya turut menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah dan ugutan serta secara terang-terangan mengancam keselamatan mereka berdua.

Akibat risau dengan keselamatan diri dan anaknya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Petaling untuk tindakan lanjut.

Sumber : Metro

Tiga beranak diikat penyamun

HULU SELANGOR: Tiga beranak berdepan detik cemas apabila rumah mereka di Bandar Sungai Buaya, di sini, dimasuki tiga penyamun bersenjatakan parang dan pemutar skru sebelum mengikat tangan dan kaki mereka.

Difahamkan, mangsa yang sedang tidur terkejut sebaik menyedari kehadiran penyamun terbabit sebelum barang berharga milik keluarga mangsa dilarikan dengan nilai kerugian lebih RM10,000.

Menurut sumber, mangsa hanya berjaya membebaskan diri daripada ikatan kira-kira tiga jam selepas kejadian sebelum ke Balai Polis Bukit Sentosa membuat laporan, kelmarin.

“Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, pasangan suami isteri dan anak perempuannya sedang tidur di dalam dua bilik berasingan sebelum si suami mendengar bunyi bising.

“Mangsa cuba keluar untuk melihat apa yang berlaku, namun terkejut sebaik menyedari kehadiran penyamun terbabit sebelum mereka mengacukan parang dan pemutar skru kepada mangsa,” katanya.

Sumber berkata, mangsa diarah masuk semula ke dalam bilik sebelum kedua-dua tangan dan kaki mangsa dan isteri diikat dengan dawai.

“Suspek yang dipercayai warga asing itu mendesak mangsa menyerahkan barang berharga. Mereka menarik isteri mangsa menunjukkan tempat simpanan barang kemas.

“Sebaik mengambil semua barang kemas milik mangsa, mereka menolak wanita terbabit masuk ke dalam bilik anak perempuannya dan turut mengikat tangan dan kaki anaknya itu,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan dipercayai dipandu seorang lagi suspek yang menunggu di luar rumah.

Menyedari suspek melarikan diri, mangsa berusaha melepaskan diri dan berjaya meleraikan ikatan tiga jam kemudian.

Sumber berkata, mangsa membuat laporan polis dan hasil siasatan mendapati barang kemas, barangan elektrik dan wang tunai bernilai lebih RM10,000 dilarikan suspek.

Sumber ; Metro

Bapa perturun ilmu mencuri

KUALA TERENGGANU: Seorang bapa dipercayai merekrut dua anak lelaki bagi mengikut jejaknya menjalankan aktiviti mencuri dan menjual kenderaan secara berkumpulan meskipun seorang daripada anaknya masih di bawah umur dan baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, berikutan kes kecurian kenderaan meningkat kebelakangan ini, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas menjejak dalang kejadian itu.

Menurutnya, hasil maklumat, serbuan dilakukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu terhadap sebuah rumah di Kampung Dusun Berliku, Besut, pada 4 Disember lalu.

“Dalam serbuan jam 7 malam itu, dua beradik berusia 17 dan 21 tahun ditahan. Soal siasat membawa kepada penemuan dua Proton Wira, satu Proton Waja dan sebuah lori di rumah berkenaan dipercayai dicuri.

“Polis juga menjumpai geran Proton Wira daripada suspek,” katanya pada sidang media di IPK, semalam.

Sumber : metro

Keluarga Penyamun

MANOHARAN (tengah) menunjukkan barang-barang yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Terengganu semalam.
KUALA TERENGGANU – Dua beradik dengan salah seorang merupakan bapa kepada dua pemuda yang diberkas pada awal bulan ini kerana terlibat dengan sindiket curi kereta turut menjadi buruan polis kerana disyaki terlibat dalam sindiket sama.

Kedua-dua beradik itu merupakan antara empat lagi suspek yang dicari kerana disyaki menganggotai sindiket curi kereta Geng Pok Su Wa.

Tembelang dua beradik itu terbongkar ekoran penahanan seorang pelajar dan abangnya di Kampung Dusun Berliku, La, Jerteh, Besut pada 4 Disember lalu.

Dua beradik yang ditahan di Kampung Dusun Berliku itu merupakan anak kepada salah seorang daripada empat suspek yang kini dicari polis.

Sumber : Kosmo

Geng Pok Su Wa diburu

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu berjaya memberkas sepasang adik-beradik berumur 17 dan 21 tahun di Dusun Berliku Kampung La, Besut pada awal bulan lalu kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kereta di sekitar Terengganu dan Pahang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata, berikutan tangkapan itu, polis merampas sebuah kereta jenis Proton Wira dipercayai dicuri serta beberapa peralatan seperti gerudi, kunci pendua, gergaji dan peralatan lain untuk mencuri kereta.

"Ekoran penahanan dua beradik itu, pihak polis berjaya menemui tiga buah kereta curi dan turut menahan dua orang lelaki pembeli kereta curi berkenaan,” kata Manoharan dalam sidang akhbar di sini semalam.


Berikutan itu, polis sedang memburu empat lagi suspek. Kesemua mereka yang berasal dari Kuala Terengganu dan Besut dan berumur antara 46 hingga 27 tahun itu merupakan ahli kumpulan “Pok Su Wa”.
Menurut Manoharan, salah seorang suspek yang diburu merupakan bapa kepada dua beradik yang ditahan itu.

"Kita percaya ahli kumpulan ini sangat profesional dan ini berdasarkan modus operandi kumpulan ini dengan membuka kunci pada bonet kenderaan sebelum menghidupkan enjin kereta”.

Katanya, kesemua kenderaan itu dipercayai dicuri untuk dijual di kawasan pendalaman atau sebagai alat ganti kenderaan. — BERNAMA

Sumber : Kosmo

Samun: Penganggur dipenjara 20 bulan

KUALA LUMPUR — Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyamun seorang wanita dalam lif tahun lepas.

Hakim Azwarnida Affandi memerintahkan Benyamin Johan, 30, menjalani hukuman penjara mulai 24 Sept lepas, iaitu tarikh wang jaminan tertuduh ditarik balik oleh penjaminnya.

Benyamin didakwa menyamun beg tangan seorang kerani, Hoo Lai Khuan, 36, yang berisi wang tunai RM150, kad pengenalan mangsa dan anaknya, lesen memandu, buku simpanan bank dan sebuah telefon bimbit, dengan nilai kerugian kira-kira RM3,500, di dalam lif Blok 13 Apartment Bustan, Taman Shamelin Perkasa, Cheras di sini pada 8.45 pagi, 15 Jan 2010.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau disebat.

Terdahulu, Benyamin yang tidak diwakili peguam, merayu supaya mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atasnya dengan alasan isterinya sedang mengandung dan mempunyai dua orang anak.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aida Mastura Mohd Aman. — BERNAMA

Sumber : Kosmo

Tanya alamat taktik baru peragut

WANGSA MAJU - Orang ramai dinasihatkan berwaspada daripada menjadi mangsa ragut taktik bertanyakan alamat oleh penjenayah.

Mangsa, Ramlah Nawawi berkata, dia menjadi mangsa ragut baru-baru ini apabila penjenayah berpura-pura menanyakan alamat rumah.

Menurutnya, ketika kejadian dia baru balik dari kedai dan hendak masuk ke rumah kira-kira pada jam 3.45 petang didatangi seorang lelaki.

“Pada awalnya saya maklumkan saya tidak tahu alamat tersebut tetapi apabila menyedari sesuatu yang tidak kena, saya cuba mengelak diri dari lelaki tersebut.

“Belum sempat saya melarikan diri, lelaki itu terus meragut saya dan berlaku pergelutan. Pada masa pergelutan lelaki tersebut dapat mencapai loket dan rantai gelang saya.

“Pada masa sama, seorang lagi rakannya yang menunggu di atas motosikal membuat deruman enjin supaya jeritan saya meminta tolong tidak didengar jiran,”kata Ramlah.

Ramlah berkata, sewaktu pergelutan itu, dia mendakap kaki lelaki tersebut dan diheret sejauh 10 meter.

Menyedari takut dicederakan, dia akhirnya melepaskan lelaki tersebut dan mereka terus menghilangkan diri.

“Pengalaman tersebut membuatkan saya lebih berhati-hati dan menasihati kepada wanita dan oran ramai agar tidak terperangkap dengan taktik ini,”katanya

Sumber : Sinar

Dirogol Oleh Kekasih Sendiri

BANDARAYA MELAKA - Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini ditemui tersandar di dinding sebuah hotel bajet di Kampung Hulu, di sini dalam keadaan berdarah, petang kelmarin.

Mangsa berusia 20 tahun itu dipercayai dirogol teman lelakinya yang berusia 22 tahun selepas kedua-duanya dikesan mendaftar masuk ke hotel berkenaan yang terletak di belakang sebuah stesyen minyak, kira-kira 6.30 petang.

Menurut sumber, lelaki dikenali mangsa itu sejak dua tahun lalu dilihat berlari keluar dari hotel berkenaan sebelum mangsa juga keluar dalam keadaan menangis selang beberapa minit kemudian.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, pelajar berkenaan ditemui anggota polis yang melalui kawasan berkenaan dalam keadaan bersandar di dinding hotel tersebut.

“Ketika ditemui kira-kira 7 petang, terdapat darah di bahagian bawah pakaian mangsa menyebabkan anggota polis segera menghubungi ambulans untuk dibawa ke Hospital Melaka, di sini bagi mendapatkan rawatan.

“Siasatan awal mendapati mangsa sebelum kejadian keluar bersama tiga lagi rakan yang lain sebelum rakan-rakannya ke tempat lain dan dia menemui suspek,” katanya.

Menurut Raja Shahrom, mangsa dipercayai panik berikutan kejadian menimpanya, selain mengalami pendarahan dan kini masih lagi trauma dengan kejadian tersebut.

“Kami belum lagi dapat meneruskan siasatan beriku-tan mangsa yang berada di hospital masih trauma dan siasatan diteruskan sebaik saja keadaannya kembali stabil.

“Bagaimanapun, kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Sumber : sinar

Mayat bayi dalam kotak

MACHANG - Seorang pengutip sampah terkejut apabila menemui mayat seorang bayi lelaki yang diletakkan di dalam kotak plastik di tapak pelupusan sampah Bukit Tajul, Banggol Judah dekat sini, kira-kira jam 1.15 petang, semalam.
 
Rusmi Shafie, 30 berkata, mayat bayi tersebut dijumpai ketika dia bersama lapan rakan yang lain mencari bahan terpakai daripada timbunan sampah tersebut.
 
Katanya, sebaik sahaja sebuah lori sampah milik Majlis Daerah Machang masuk ke kawasan tersebut, dia dan rakannya terus mengerumuninya.
 
“Semasa sedang mencari barangan dalam longgokan sampah itu, saya menarik se­buah kotak plastik yang me­nyerupai beg lalu membukanya dan menemui baju kemeja T perempuan yang dipenuhi darah.
 
“Saya kemudian menarik kain batik perempuan yang diletak di sebelahnya dan ternampak telinga manusia. Saya terus menjerit dan mem­beritahu rakan-rakan namun mereka tidak per­caya dan menganggap saya bergurau sehingga mereka melihatnya sendiri. Mayat bayi lelaki itu cukup sifat dan masih bertali pusat. Kami percaya ia baru sahaja me­ninggal dunia tidak lebihi 24 jam,” katanya.
 
Tambahnya, ini kali pertama di­alaminya sejak mencari bahan terpakai di tapak pelupusan tersebut.
 
Ketua Polis Daerah Ma­chang, Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, mayat bayi tersebut yang ditemui dalam keadaan cukup sifat, dipercayai telah dibuang di salah sebuah tong sampah di kawasan Machang sebelum diangkut ke tapak pelupusan itu.
 
“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kes ini,” katanya.
 
Mayat bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat.
 
Sumber : Sinar

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor